-memorable moment-

Thursday, January 20, 2011

KESABARAN.

Sememangya aku diuji satu persatu dari setiap golongan sahabat. Baik dari yang ku kenali sejak 3 tahun yang lepas, tak kurang juga yang baru sahaja setahun yang lepas. Tanpa sesiapa pun sedari sememangnya, aku mengira detik pertemuan itu dengan semua kisah-kisah kita. MasyaAllah. Sememangnya Allah SWT sangat adil dalam merencanakan segalanya. Kini, aku terus bergerak menuju ke masa depan ingin aku capai. Tanpa aku sendiri perlu memikir tentang sebuah ikatan yang sangat-sangat aku hargai. Aku sabar dalam menanti sebuah penceritaan, aku sabar dalam menanti sebuah pengakhiran, aku sabar menanti dalam sebuah persoalan. Antara perasaan dan kewarasan akal. Semoga kesabaran yang disemai membawa gerbang kegembiraan akhirnya. InsyaAllah.. 

Wednesday, January 5, 2011

SEMANGAT & DOA.

Semangat yang aku perlukan kini masih jauh. Lantas, aku biarkan lagi agar semangat sahabat-sahabat yang lain sentiasa bersemadi. Berat permulaan kali ini, ku harap ringan pengakhiran kisah diploma ku. Semoga setiap cerita, drama dan cereka menjadi memori terindah dalam aku mengisi ruang hidup aku sebagai pelajar Diploma TEKA semester yang terakhir. InsyaAllah. Doa ku panjat, Semangat ingin aku bangkitkan. Mula semula dengan senyuman yang berbaur kehambaran hati. Semuanya bakal terisi dengan keputusan yang baik-baik hendaknya. Amin... 



*Mak, Abah dan Abang2 ku!! Hazwani Husna kini sedang meraung semula untuk mendapatkan semangat yang terakhir. 

Tuesday, January 4, 2011

SITUASI dan SAHABAT ?

Jalan dan ruang yang sememangnya menyesakkan pada awal semester yang mula menyentakkan. Aku isi cerita aku hari ini dengan kekecewaan apabila tidak langsung diberi peluang untuk menceritakan situasi aku kali ini. Biarlah mereka dengan persepsi dan pendapat tentang aku. Siapa yang tahu situasi ku yang sebenar ketika itu? ada yang bertanya? ada yang mengambil berat? ada yang mahu mendengar? seperti tersentak-sentak dada memendam rasa dalam hati yang terasa. Entahlah. Aku sendiri buntu dalam mengenal erti sebenar maksud SAHABAT. Terasa hati? katakan. Dan aku ubahkan diriku. MasyaAllah.. Biarlah ALLAH SWT yang memutuskan yang seterusnya. Aku diamkan sahaja. Ini yang lebih baik untuk diriku dan masa depan. Jika benar dia adalah sahabat ku dunia dan akhirat, InsyaAllah.. ada jalan pulihnya. Jika tidak, biarkan sahaja. Semoga setiap jalan yang dipilih semua adalah baik dalam masing-masing meluahkan kata kelak. Jika benar kau memahami aku, kau pasti faham kedudukanku ketika itu. Kerana lelahan yang terlalu sesak, aku terpaksa mendiamkan diri. Terasa hati? Lebih banyak yang telah kau beri. Mengapa aku masih mampu berdiam diri? kerana aku MENERIMA dan MEMAHAMI sifat, kelemahan dan kebaikan diri kamu, sahabat. 


*sekali kita tersilap langkah, pasti yang silap menjadi keutamaan. Seribu kali kita berbuat baik, tiada satu pun yang dihargai. Bermakna..PENERIMAAN masih belum ada untuk yang bergelar SAHABAT. 

Thursday, December 23, 2010

VILLA TEPI SURAU

Dalam meninggalkan, aku sayu sebentar dalam mengingati setiap detik dan saat dalam menjaga conty. 
Banyak yang aku pelajari. Setiap ruang masa dan keadaan, aku cuba isi dengan ilmu yang kemungkinan esok lusa takkan aku dapat. Terima Kasih kepada Rumah Karya Citra, Puan Erma Fatima, Abg Bade Hj Azmi, Kak Asmida, Abg Wan (cameraman), Abg Eddy, Kak Zai & Kak long (make up), and semua crew yang terlibat. Terima kasih. Setiap nasihat, tunjuk ajar, marah dan kasih sayang akan aku sematkan sampai bila-bila. Inilah dunia produksi yang tidka pernah kenal erti perit dan penat. Sentiasa bergerak dan bekerja dalam menghasilkan yang terbaik. Terima kasih juga kepada para pelakon yang sentiasa memberikan kerjasama. :) 

*kisah praktikal aku kini penuh dengan warna warni macam pelangi. :) 

Tuesday, November 30, 2010

SEMENTARA MASIH ADA.

Sesak nafasku dalam mengenal erti kedewasaan. Makin banyak yang dipelajari, makin banyak kesilapan yang aku lakukan. Terkadang aku seperti mahu memberhentikan masa yang berjalan tanpa henti. Tidak penatkah masa memutarkan waktunya tanpa ada rehat dan sakitnya? Tidak menyesalkan waktu yang ditinggalkan manusia tanpa sebarang pengisian bermakna? Entahlah. Jika semua tidak sabar ingin menjangkau usia, aku pula tidak mahu berganjak dari waktu. Kerana aku mulai takut akan pengakhiran pentas realitiku yang masih kosong dan kabur. Mana perginya keindahan keseronokan untuk bermain bersama-sama rakan di taman permainan. Kini, membawa pula golongan adik-adik untuk mengenali keseronokan. Esok? memimpin tangan anak untuk di bawa ke Taman Permainan. MasyaAllah.. Sepintas lalu masa meninggalkan usia untuk terus bertambah. 

SUDAH BERSEDIAKAH AKU?
Melayari bahtera kedewasaan yang bakal mewarnai diari hidupku. Selamat tinggal zaman keremajaan yang bakal berakhir dengan penuh kegembiraan dan keindahan. Zaman yang sangat aku sayangi dan hargai. Penuh dengan warna warni. Sedikit tercalit hitam, masih lagi mampu untuk aku cuci. Selepas ini? Akan aku jaga nilai peribadi dalam menjadi wanita yang berbudi. InsyaAllah. Biarlah kena pada masa dan keadaan untuk berubah ke arah kebaikan. Masih memerlukan muhasabah yang berkesan dari semua golongan untuk aku menyuntik semangat kedewasaan. InsyaAllah.. Aku masih mempunyai 57 hari dalam bergelar seorang remaja. Angka 21 sudah lama menunggu untuk menempatkan aku di situ. 

RUMAHTANGGA?
Hati masih boleh meneruskan. Akal ku tidak mahu membiarkan. Akal sentiasa tidak merelakan aku untuk mengakhirkan zaman.'Masih belum cukup ilmu,' kata si akal kepada si hati supaya aku tdak menyesal di kemudian hari. Bermakna, jalan yang berliku masih belum tamat untuk aku menjumpai jalan yang lurus dan terang untuk aku lalui. :) Semoga aku dapat memutuskan yang tepat dalam menyimpulkan keputusan. InsyaAllah. 


*Semangat dan Doa yang aku perlukan. Takut juga tersilap percaturan. Peluang hanya datang sekali. Impian takkan bersemi jika hati masih tidak diisi.  

Monday, November 29, 2010

PENANTI, seperti yang kau ajari...Untukku amalkan.


Buat kita turut sama mencari jawapan : 

12:4
( Yusuf   :  4) 

36:36

(Yassin  : 36 ) 




PENANTI, JANGAN KAU SEPI.

Pandangan siapa lagi yang haru aku ambil? aku sendiri tak pasti.
Sergahan di setiap page dan wall aku membuatkan aku rasa semak dan tersepit. 
Memang benar, kita berkawan dan masih berkawan. Tapi, belum sampai waktu dan ketika ini untuk aku simpulkan kerana aku tiada jawapan yang pasti. Mana mungkin aku melepaskan sesuatu yang datang dengan penuh harapan murni. Membiarkan ia pergi tanpa aku terokai. Tidak adil untuk diriku dan dirinya juga sebagai PENANTI. Sabar yea wahai Si PENANTI ku. Aku sedang cuba mencari jawapan untuk setiap persoalan dan ruang tanda tanya yang telah kau berikan. Sememangnya aku kisah tentang perasaan kamu, malah sangat aku hargainya. Tapi, aku bukan hanya mencari sebuah perasaan tetapi juga penerimaan. Jika kaulah kawan, sahabat, teman dan kekasihku. InsyaAllah.. Jalannya pasti terbuka luas untuk kita bersatu. Sememangnya, aku mahu HATI ku diambil hanya SEKALI. tiada yang kedua dan ketiga. Kenali diriku semampunya kamu. Andai aku yang tidak dapat memberi, maafkan aku. Bukan mudah untuk memiliki sekeping hati ini. Aku sangat menjaga dan mengasihinya agar tiada sembarangan manusia boleh mencurinya. Itulah 20 tahunku tanpa sebarang rasa kepada mana-mana jiwa (walaupun sebenarnya aku sendiri kurang pasti dengan perasaan yang menjengah ku). tapi, aku yakin, 'CINTA ITU' masih belum wujud untuk aku. Benar.. SAYANG boleh dipupuk dan CINTA juga boleh di semai. Tapi, ianya BUKAN MUDAH untuk aku. Aku PASTI kau juga tahu tentang itu, bukan? Harapnya jika ianya bersemi bukanlah atas dasar simpati. PENANTI, jangan kau sepi. Jika CINTA KAU utuh bersemi, InsyaAllah.. Pasti di redhai. Jika tidak, aku pasti. KAU akan bertemu dengan si jantung hati yang abadi nanti. 

* Redha dengan keputusan ku. Untuk kebaikan, dan banyak lagi yang ingin aku lakukan dalam menelusuri hari-hari depanku. Aku mahu kau faham yang itu.