-memorable moment-

Wednesday, April 20, 2011

BILA MASA YANG TERBAIK TIBA.

Aku datang sebagai iklan. tak lama lagi bakal tamat timeline ku untuk meneruskan. Bukan memutuskan. Tetapi, ada hati yang lebih memerlukan dan penting untuk diutamakan. Aku datang sekejap. Berjalan, memasuki segenap ruang kehidupan seorang teman. Aku beransur keluar untuk menamatkan riwayat iklan ku. Aku tahu kau tahu. Segalanya, akan aku kembalikan. Usah kau risau. Kita masih berteman, cuma keakraban itu tidak sepatutnya aku ledakkan. Bahaya untuk semua pihak yang memerhati. :) maaf, teman. kerana menjadi mangsa keadaan. Fahamilah situasiku juga.. Bukan kelukaan yang aku cari, tetapi pengorbanan yang menjadi keutamaan. 

Bukan sengaja membuat keputusan.
Setelah lama aku mencari jalan..
Pasti, ini adalah penyelesaian terbaik. 
Aku bakal melukakan sahabat, teman.
Maafkan aku...
Aku harus lakukan ini, demi sebuah ikatan yang murni.

Simpati yang dapat aku hulurkan pada kau, apabila selesai aku mengungkapkannya kelak. Aku tahu, itulah salah satu perkara yang menjadi kepantangan mu. Memutuskan sillaturahim. Ingatlah pesanku.. Bukan memutuskan... Tetapi, kadangkala pengorbanan harus dilakukan dengan perpisahan. Usah kau buntu, nama kamu sentiasa ada dalam hati aku. Kekal. Andai ada jodoh untuk, kemabli bersama..Aku buka jalan seluas-luasnya. Jika tiada, maka itu yang terbaik yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Maafkan aku kerana selalu melukaimu. 

SEMALAM - 19 JANUARI 2011-

Semalam..
Bila derita datang.. Aku cari dia untuk menyingkap segala bungkam.
Malang.. Tidak lama bertandang..
Pulang ke tempat asal berteman hilang.
Dalam diam. Ak terasa dan memendam.
Sabar adalah jalan peluang.
Aku biar dalam senyap suram.
Lebih baik dari berkata sepanjang usang.
Mana perginya?
Bukan itu yang dia cari lantas membiarkan tanda tidak pasti dan tidak mahu mengisi.
Mengalah atau tidak adalah pembuka kepada jalan sesebuah perjalanan yang tiada penyelesaian.
Mana mungkin untukku isi dan memberi, lantas! Bukan itu yang ku cari dalam mengisi ruang ini. 
Lalu, di mana ia pergi... 
Pasti, tiada lagi.
Aku Biar Lagi.

Kenangan kami lepaskan bersama cerita hati.
Lalu, biarkan pergi bersama angin mengekori..
Sudah ada pengganti? Aku redha lagi..
Biarkan masa yang menentukan detik dan kelapangan yang pasti.

Pesanan buat Kau, seorang teman yang sangat aku cintai.
"Jangan kau menyesali andai kau tidak pernah mencuba walau SEKALI. Maafkan aku. Kerana aku tidak pernah menjadi yang terbaik di dalam kisah yang tidak berpenghujung ini. Aku masih menunggu saat itu untuk kau sentiasa mulakan dahulu. Malang masih bersisa untuk kau rungkaikan segala. Aku pasrah. Biarlah ia menjadi KISAH DUKAKU dan LAWAK KOMEDI buatMU"...

Tuesday, April 5, 2011

ANDAI KAU TAHU.. Wahai Harlequine...

-Pabila aku terkesan saat terbaca luahan rasa hati ini oleh seseorang..sememangnya ia untuk kamu- 

Harlequine...
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

-Perkongsian yang ku kira bernilai dan mempunyai seribu satu maksud dalamnya - 

HARLEQUINE : 5 KALI LAGI

Salam 1 JAMADILAWAL 1432 H buat Harlequine. Entah kau sedar atau tidak, semakin singkat masa untuk aku ungkapkan segalanya. Aku lebih selesa begini. Mendiamkan diri dan bersama dengan duniaku. Biarlah apa sahaja cakap orang yang bakal ku dengar, sepertinya aku tidak memerlukan itu semua. Segalanya bergantung pada takdir Yang Maha Esa. :) InsyaAllah, hanya ketika dan masa yang sesuai sahaja yang bakal menjawab semua tanya. Terima Kasih untuk semua pertolongan dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Kita bakal jauh dan meninggalka dunia KITA buat selamanya. Kisah KITA bakal berakhir di sini dan diari baru bakal menerjah kembali. Semuanya yang BARU & BERBEZA. Semogo kisah KITA dapat ku simpan menjadi kenangan yang terindah dan teristimewa. Cukup membahagiakan walau seketika. Terima Kasih. Semoga kau dipertemukan dengan yang lebih baik hendaknya. Aku doakan kau bahagia. Seandainya kau lupa, lihatlah rama-rama. sememangnya sentiasa berterbangan entah ke mana. Hala tuju yang tiada penghujungnya. Selagi bernyawa, terbanglah ia. 

Monday, April 4, 2011

HAMPIR TAMAT

Hampir tamat masa yang tinggal untuk aku labuhkan tirai. Bakal melakar salam kerinduan buat kawan-kawan, sahabat, teman dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Terima kasih untuk segalanya. Pasti memori terindah ini aku sematkan dalam hati ini. MasyaAllah, Seperti terasa di hujung nyawa pula. Aku redha jika sampai sini pengakhirannya. Sekurang-kurangnya, berikan aku peluang dalam melunaskan setiap hasrat ayahbonda. Aku mohon sangat-sangat. :) Masyaallah. 

Monday, March 7, 2011

"JANUARI" dan Kelegaan. :)

Alhamdulillah. Setiap dugaan, cabaran dan masalah semasa shooting, aku ambil sebagai nikmat dalam kebesaran Allah SWT menguji aku untuk meningkatkan keimanan aku kepada-Nya. Sememangnya, ada masalah yang timbul. Alhamdulillah.. Ianya tetap berjalan dengan lancar malah dengan lebih menyeronokkan dengan telatah ahli-ahli TANGKAPICTURES PRODUCTION yang pelbagai. Siapa sangka? Bersama dengan mereka adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Untuk setakat ini, mereka memahami sifatku dan sentiasa menghormati satu sama lain. Saling bantu-membantu. Itu yang menjadi keutamaan. Crew yang sedikit tidak langsung mengganggu-gugat dalam kami menghasilkan yang terbaik. January team! Semoga hasil kerja kita nanti, sukses dan mendapat keberkatan oleh-Nya. Terima kasih kepada kesemua team January yang tenang dan sentiasa sabar dalam setiap dugaan yang mendatang. :) terima kasih untu bunga tulip yang cantik! :) <3 

*Rupa-rupanya Allah SWT sudah merencanakan sesuatu yang lebih baik dan membahagiakan aku kini tanpa aku sedari.  Setiap ujiannya membaawa kebahagiaan yang berpanjangan hendaknya. Allah Maha Adil. 


Monday, February 28, 2011

HARLEQUINE : 4 Kali ( Syahdu Hati)

Syahdu hati bukan kau tiada di sisi. Masa yang aku cari untuk keadaan dan ruang waktu yang sesuai untuk setiap segalanya terungkai. Syahdu lagi, setiap detik menjadi sejarah perkenalan yang terlalu indah. Mana mungkin setiap darinya aku lupakan begitu sahaja. Kurang dari 2 bulan adalah kadar tempoh waktu yang sangat singkat dalam masing-masing melabuhkan tirai cereka kita. Cukup setahun lebih perkenalan ini, sememangnya memberikan aku penangan yang sangat-sangat mendalam tentang segalanya. Lebih-lebih lagi tentang Agama. Kau, datang dan bakal pergi untuk selamanya. Ku kira biar sisa perjalanan ini diakhiri dengan penghargaan memori yang teristimewa. Aku doakan yang baik-baik sahaja. 

"Jadilah anda seperti rama-rama, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung pada yang lain, terbang dari satu tangkai ke tangkai yang lain dan dari satu taman ke taman yang lain. Pendek kata, hidupnya sentiasa berpusing dari yang baik kepada yang baik"
 - Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni.

*Jika kau memahami, rama-rama ini sentiasa menjadi diri sendiri di setiap tempat yang diterokai. Hipokrit bukanlah prinsip diri. Terpulang kepada kau si jantung hati dalam menilai peribadiku ini. Andai kau sememangnya mengenali diri ini dengan mata hati, maka kau akan memahami sifatku yang semulajadi. Kepercayaan yang ku cari dari pihak kamu. Bukan penilaian melulu. Jika kau menyelami aku, tak perlu kau mendengar bisikan lain yang datang mengganggu. Jika dirimu berpihak pada ragu, lantas kepercayaan tidak pernah wujud di antara kau dan aku. Salahkah aku? Setelah titipan pesanan ini yang aku kedapkan? "Keadaan tidak akan sesuai untuk kita, kita yang akan menyesuaikan diri dengan keadaan"Terpulang kini kepada kau untuk memerhati dan mempercayai. Terkilan. Kau bersama teman yang menjatuhkan. Maafkan aku andai aku terlanjur bicara. semoga kepercayaan aku bersisa jua untuk kamu. Aku takut ia pulang tanpa ragu.