Dunia Ini Lama Aku Tinggalkan. Tersisir rapi, membiarkan masa menyebelahi.
Ruang ini bukan milikku buat ketika itu. Aku cari dengan rasa rindu.
Masa berlalu, Sedikit waktu tersedar aku dari lamunan sayu.
Bagaimana pula harus aku ledakkan kali ini?
Hanya satu!
Yang pasti, kini ada yang bertandang dengan rasa yang mencengkam.
Mahu meneruskan atau meninggalkan dengan penuh persoalan?
Tidak mungkin. Aku harus selesaikan. :)
Lukisan demi lukisan aku ukir dengan perasaan.
Ruang penulisan bukan lagi wadahku untuk menyingkap segala rasa dalam kalbu.
Lukisan kini perasaanku. :)
Jari-jemari bergerak membentuk garisan menelusuri kotak hati.
Mengikut jiwa rasa yang serabut dengan penuh emosi.
Merah, jingga, hijau, ungu lambang perasaanku.
Putih bermukim Hitam Membisu.
Membiar pelangi tersadai dikanvas nukilanku.
* Kata-Kata, Jangan Kau pergi meninggalkan aku di sini.
* Berikan aku masa untuk kembali meneruskan penulisan ini.
No comments:
Post a Comment