-memorable moment-

Wednesday, January 18, 2012

The TRUST. BELIEVE and ACCEPTANCE


The day that i just walked off from the side of good and real good man. 
I started to realize 'something' that has turn me 360 degrees. why is that so? 

He never knows what is exactly inside me and has turned me off to be the unusual person.
He inspires me to write, write and write. somehow, sometimes.. It just Dissapear as it never happened. 

His words somehow turned me down till im the one who'd only bring back myself to be OKAY. 
but, exactly I AM NOT. 

Trust.
what makes i trust him? 
His sincerity. He just nice
*sometimes we just have no reason why do we trust that single person?
Its just INSTINCT. :)

Believe.
I believe that HE is like that. 
*he probably been taught to be a nice person.
Its how their live in the past and turn to be now. Parents and life.

Acceptance.
:) 
The most crucial part.
*Once we accept people for who they are. They just accept us for who we are.
We are not an angel. Accept and live with it. 


Moment of the truth will might be 
tomorrow or later. 

Discover about me just a little bit more, and you' re closer to it.


Saturday, December 17, 2011

Who could it be?

I just can't discover it now. 
I dont know when will be the end of this journey.
Allah has given me the chance to face and feel this 'phase'. and again.
I FAILED to face it with rational. Admit it. 
Enough and tired of people who'd always said the same thing. 
But then, there is this ONE spectacular person that really understand and ACCEPT me for who I am. 
Yup. He DOES. Really. 
He dont know and never realize how much i need him and yes.
He took MY HEART away with him. 
Ive to admit it. 
But, thats okay.
Definitely, one day.. He'll bring back what is mine and what is left for him. 
I just couldnt have the courage to ask myself again and again.. whats inside me? 

:(




Monday, November 14, 2011

Keruh yang Jernih. :)

Jika ku kedap kisah KITA, bukan bermaksud LUPA asalnya.
Andai kau tiba dalam PELUKAN senja, tidak berniat menguak DUKA.

" Jelas walaupun ada yang masih terbelit. Terang walaupun masih bersuluh mencari dalam sempit. Di mana kehendak laluan itu? aku sendiri buntu. Lama sudah tangisan tidak menghantui aku. Kini, mulai menitik kemudian mencurah-curah dengan lidah kelu. Mereka ada lagi denganku. Menerima. Tidak langsung membenci apatah lagi meninggalkan. Inilah keajaiban sebuah perhubungan yang tiada takrifan. Semua. Sahabat terutama. Tiada nama yang boleh aku gantikan sebagai pendua kepada CINTA KITA, sahabat. Tiada. Jika adik beradik yang dimaksudkan, maka ia lebih dari itu. Hanya kau tidak tahu. Simpan dulu 'manis-manis' ini. Kita selesaikan 'pahit, masam dan payau' rasa itu. Sehinggalah, kita bertemu MADU. Yang boleh menyembuh dan 'memaniskan' lagi hubungan ini. Agar sehat dan sentiasa diberkati. Moga-moga, setiap pelayaran kita yang dipenuhi kisah luka, membawa hikmah yang berganda. Hanya ALLAH SWT berhak dalam meletakkan segalanya. Tinggi benar nilai perhubungan ini. Itu yang aku PASTI. 

"Wahai hati" 
Ringankan peribadiku, Selaras imanku
Moga setiap buta ku mencapai celiknya.
Ukhwah perhubungan, perjanjian dikotakan.


Salam ketenangan, lara yang dilepaskan.
Hazwani Azman.


Wednesday, October 5, 2011

Ada Suatu Masa : Kita akan kata. TIDAK untuk semua perkara!

Duduk, setelah 5 jam habis masa membaca, membaca dan berfikir.
Memberi ruang pada diri sebentar untuk senyap dari lamunan pembacaan yang memaksa aku untuk terus mentelaah.
Letih juga, jika semuanya disumbat padat, padu, penat!
Sampai masa, aku kata TIDAK kali ni.
Untuk apa? Aku sendiri kurang arif tentang itu.

Kadang kala aku berani mengeluarkan kata-kata puitis,
Kadang kala aku berani mengeluarkan kata-kata sadis,
Kedua-duanya tidak selari dengan masa dan situasi pada ketika itu.
Aku sempit bila sendiri.
Perasaan membayangi.
aku harus habisi dengan rasional yang pasti.
Aku elak jauh emosi.
Bukan angkuh atau berlagak pasti,
tetapi sebenarnya takut membayangi.
Pertama kali ni, TIDAK aku beri.
Dua kali lagi, TIDAK aku kasi.
Tiga kali lagi, TIDAK aku fahami.
Empat kali lagi, TIDAK menyelubungi.
Lima kali lagi, ternyata BELUM PASTI.

Aku akhiri dengan redha ilahi.

Thursday, September 29, 2011

Lets Start IT Again! Write. write and write.

Dunia Ini Lama Aku Tinggalkan. Tersisir rapi, membiarkan masa menyebelahi.
Ruang ini bukan milikku buat ketika itu. Aku cari dengan rasa rindu. 
Masa berlalu, Sedikit waktu tersedar aku dari lamunan sayu.
Bagaimana pula harus aku ledakkan kali ini? 
Hanya satu! 
Yang pasti, kini ada yang bertandang dengan rasa yang mencengkam. 
Mahu meneruskan atau meninggalkan dengan penuh persoalan? 
Tidak mungkin. Aku harus selesaikan. :) 

Lukisan demi lukisan aku ukir dengan perasaan. 
Ruang penulisan bukan lagi wadahku untuk menyingkap segala rasa dalam kalbu.
Lukisan kini perasaanku. :) 
Jari-jemari bergerak membentuk garisan menelusuri kotak hati. 
Mengikut jiwa rasa yang serabut dengan penuh emosi. 
Merah, jingga, hijau, ungu lambang perasaanku. 
Putih bermukim Hitam Membisu. 
Membiar pelangi tersadai dikanvas nukilanku. 

* Kata-Kata, Jangan Kau pergi meninggalkan aku di sini.
* Berikan aku masa untuk kembali meneruskan penulisan ini. 

Monday, April 25, 2011

Malam Terakhir bersama Kekasih Hati : CT 112

Malam terakhir yang menggembirakan untuk semua. Akhirnya, sebuah kejujuran dan keikhlasan jelas dari semua pihak kepada setiap orang dari pelajar CT112 July intake 2008 terjalin. Semua cerita kami kongsi. Bersama 19 orang yang menghadirkan diri untuk majlis terakhir. :) Menyenangkan. Kisah 3 tahun yang berakhir dengan keindahan yang bermakna. Konflik, percintaan, suka dan terasa sememangnya pengikat kasih untuk sesebuah perhubungan yang tiada ternilai indahnya. Hari ini memang menakjubkan. Terima Kasih classmates untuk kisah kita. InsyaAllah, bakalnya kita berkawan sentiasa. Semoga, setiap jalan yang dipilih semua dalam meneruskan kehidupan bakal membawa ke gerbang kebahagiaan. Amin. Terima kasih dan Salam Sayang. Smeoga kita berjumpa lagi untuk episod yang akan datang. Salam rindu. 



:) Semoga kemesraan ini berlanjutan hendaknya. Amin.




Thursday, April 21, 2011

~ SELESAI SUDAH ~

Setelah selesai aku memutuskan jalan itu, Alhamdulillah. Kau juga menerima dengan hati yang redha. :) Kawan, jangan risau. Akan ada bahagian kita kelak jika kau memang sahabat untukku. Lega setelah hasrat aku akhirnya tercapai untuk memberitahu kamu. Biar aku dengan diri aku. Tipulah kalau tak sakit dan tidak rindu. Mana mungkin bukan? Semestinya kau antara golongan yang sangat-sangat aku sayangi. Walaupun dalam sejarah kita mengenali, hanya SEKALI ucapan itu diungkapkan. Malah, aku ingat dan tidak akan pernah lupa waktu, masa, hari dan tarikhnya. :) Terima Kasih untuk perhubungan ini. Sememangnya, aku yang memulakan keakraban ini, dan aku juga yang akan mengakhirinya. Itu yang lebih sempurna. InsyaAllah. Mungkin aku bakal mengalami kesakitan dalam memperjuangkan dugaan yang aku tanggung selama ini berseorangan. Agar tiada juga simpati dari kau tentang masalah kesihatan yang aku alami. Kerana, aku amat membenci simpati yang datang dari temanku sendiri. Maafkan aku. Tiada niat untuk aku menyakiti kamu. Aku tahu, kau takkan pernah merasai kesakitan itu. Terima Kasih untuk segalanya. Sesungguhnya, tempoh perhubungan ini adalah sesuatu yang amat aku hargai kerana keistimewaannya sendiri. tanpa aku sendiri sedari, perkenalan ini yang mengajar aku erti kematangan, penerimaan dan kesabaran yang paling tinggi serta KEPERCAYAAN yang sungguh tidak aku jangka. Terima Kasih untuk segalanya. Kehadiran kau adalah yang teristimewa. 

Maaf... buat teman. :) <3