Sudah lama rasanya aku terhuyung-hayang dengan dunia kerjaya. Terkadang sengaja tidak mahu aku kosongkan kerna aku takut ia akan di isi dengan rasa hati yang menyentakkan jiwa. Segenap sudah aku cuba melenyapkan rasa ini mengikut bayu pergi supaya KAU hilang dari lara hati ini. Andai lekanya aku biar, kelak punah batin terseksa hanya kerana tak terluah dek kata-kata. Seberapa benarkah berita yang sampai ke telinga? Tanpa di dengar dahulu dari bibir si tuan punya. Mengapa pula aku ingin bertanya? Lebih manis andai aku diamkan sahaja. Sampai bila? Sehinggalah fahamnya dia erti EGO yang sebenar. Perasaan, Rasa, Hati dan Cinta. Tidak langsung berkait dengan EGO semata-mata. Jika EGO membengkak, tersekat kata untuk bertanya atau meluah. Akibatnya KAU yang rasa. Yang pasti, tiba masanya nanti..AKU takut KAU akan menyesal sendiri. Siapa pun pilihan KAU di hati, harus kau ledaki. Ramai gadis yang menunggu melayan tatkala KAU seronok berteman, wahai kawan. Aku bukanlah seorang wanita yang bersama-sama bertatih untuk berada di dalam senarai mendapatkan CINTA KAU itu. BUKAN KERANA EGOKU. Tanpa perlu aku beritahu kini, sudah kau tahu suatu ketika dahulu. Akulah seorang perempuan yang tidak lengkap sifatnya sebagai seorang WANITA.
-Bertanyalah andai mahukan kepastian, walau SEKALI-
-Akan ku penuhi dengan jawapan yang PASTI-