Hari ke-5 menjalani praktikal di RKC bersama sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuangan. Di dalam bidang yang sama cuma jabatan sahaja yang berbeza. Banyak perkara yang aku mula belajar tentang dunia realiti alam pekerjaan. Semalam, ini. Hari ini, itu. Esok? aku tunggu. Bermacam ragam. Aku beroleh ilmu sedikit demi sedikit. Tidak seperti rakan-rakan yang berada di produksi lain yang tampaknya lebih sibuk berbanding diriku. Biarlah ilmu itu sedikit tetapi banyak manfaatnya. Itu yang lebih aku utamakan dan menjadi titik tolak utama dalam aku merencanakan masa depan kelak. Sememangnya berada di dalam produksi sebenar adalah berbeza. Semuanya realiti dan nyata. Antara Mula dan Akhirnya atau Tidak dan Ya. Itu semua adalah risiko yang nyata. Memandangkan ini antara dunia pilihanku, aku pasrah untuk menempuhi keadaan ini dengan penuh dedikasi. Jauh di sudut hati, bukan tempat aku di produksi. Tetapi.. ilmu itu di mana-mana. Aku cuba dan terus jalaninya. Penggambaran akan berlangsung pada Hari raya ke-dua. InsyaAllah.. Hati aku yang gundah dan mula risau dengan kerja yang bakal mendatang, membuatkan aku sentiasa memerlukan semangat untuk menghadapinya. Harapan agar setiap ilmu yang aku pelajari dapat aku aplikasi dan tambah lagi. Semoga diari praktikalku akan lebih meriah dengan warna-warni alam realiti dalam mencari rezeki di sini.
Berada di RKC. Semuanya baik-baik belaka. Cik Fadhilah, Abang Faiz dan Big Boss ( Puan Erma Fatima) adalah 'orang kuat' yang menjadi tunjang kepada RKC. aku kagum dengan Kak Fadhilah yang ramah, tetapi tegas. Abg Faiz, dengan dedikasinya tetapi pemalu dan Puan Erma yang sabar dan tidak pernah berhenti dalam menghasilkan yang terbaik. Perlaksanaan yang baik bergantung kepada kehebatan organisasi itu bergerak. walaupun RKC dilihat kecil.. di mataku pada awalnya.. Tetapi, kini.. Hari demi hari.. hatiku terpaut semula untuk berkhidmat di dalam produksi. Bukan aku tak sudi sebelum ini, cuma.. Aku merasakan aku tidak layak untuk bersama orang-orang kreatif yang sentiasa mempunyai idea dan kreativiti untuk di tonjolkan. Aku kerdil di situ. Harapannya, agar aku dapat melakukan yang terbaik ketika penggambaran berlangsung. InsyaAllah. Berkat doa Mak, Abah, Kaum Keluarga dan sahabat handai.. Aku akan lakukan yang terbaik untuk industri ini dan masa depan.
:)