-memorable moment-

Sunday, February 27, 2011

TITIPAN buat DIRI SENDIRI.

  • Tiada yang kebetulan. Semuanya telah direncanakan - Kata Dia.
Ketika sedang waktu menyebelahi aku dengan kedatangan yang penuh makna dan pesanan yang penting untukku lebih bersedia hendaknya. Aku benar-benar terharu dan bersyukur di setiap ketentuan yang telah ditetapkan Yang Maha Esa. Sesungguhnya setiap yang telah direncanakan, sepertinya cantik, teratur dan kemas sekali. Hebat benar kuasa Allah SWT. Aku cukup bersyukur di setiap dugaan dan kebahagiaan yang KAU berikan. Tiada yang lain, melainkan KEESAAN dan KEADILAN yang datang dari hakiki. 

*Bukan keseronokan dunia yang ku cari. Kebahagiaan akhirat yang ingin ku gapai. 

HARLEQUINE : 3 KALI

"Persoalan membengkak dalam hati seperti mahu terhambur keluar lava api.
Kesabaran menuntut, meredakan lava yang menggelegak jingga.
Membiarkan sahaja masa yang sesuai untuk segalanya terhambur keluar dengan sendirinya."
- Hazwani Azman (29 Januari 2011) - 

*Masih tersenyum dalam kehambaran yang berjela. Pernah kau tahu tentang itu? Tidak sama sekali. Aku pasti. 
*Maafkan aku kerana terpaksa berpura-pura bahagia di depan kamu. Agar persahabatan kita kekal dan baik-baik sahaja. 

HARLEQUINE : 2 KALI (Action speaks louder than words. Love requires no words)

continued:

Rama-rama masih belum terbang ke bunga yang lain. Walaupun pada dasarnya ia sering dilihat sentiasa berterbangan ke bunga yang lebih menawan. Jangan kau silap pandangan, rama-rama ini seringkali berulang-alik untuk sentiasa memerhati dan menjadi penjaga setia si bunga abadi. Bunga yang datang, menawarkan wangian yang hebat, sama sekali tidak dipandang apatah lagi untuk disinggah. Bunga yang ITU juga menjadi tatapan dan harapan dalam menanti dengan penuh kesabaran. Bunga kedua yang menjelma seketika membuatkan aku selesa.  Akan tetapi, rasanya tidak sama untuk rama-rama ini tertarik hati walaupun bunga ini JAUH lebih hebat sekali. Tidak sama sekali. Cukup sekadar bunga ini menjadi tempat perlindungan si rama-rama. Penghargaan yang dapat diberi kepada si bunga pertama dan kedua. Bagaimana dengan bunga ITU? Rama-rama ini seringkali memerhati dan berulang-alik dalam diam untuk memastikan si bunga ITU sentiasa segar dalam mendapat keperluan yang secukupnya. InsyaAllah. Janganlah ada yang menguji kesetiaan si rama-rama ini (doanya dalam hati). 


*Rama-rama ini sering mendoakan kebahagiaan si bunga ITU. 

HARLEQUINE : 1 KALI

Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa,
bukan menimbulkan tangis tali sedan,
tetapi CINTA menghidupkan penghargaan, 
menguatkan hati dalam perjuangan,
menempuh onak duri penghidupan.
-HAMKA-

Di dalam satu masa dan keadaan, hanya kesabaran yang menuntutkku untuk lebih ikhlas dan redha dalam menanti dan memerhati. Aku tahu ALLAH SWT sedang mendengar malah dengan penuh setia. Aku sangat mencintai dia sehingga satu masa, jiwaku tersepit menyentak-nyentak dalam kalbu menanggung beban, sarat rindu pada LELAKI itu. Harap kau tahu dirimu yang aku maksudkan itu. 


*Rama-rama masih belum terbang ke bunga yang lain.

Sejauh mana hebat itu hebat ? kata DIA. *wink

Salam. Sebuah pertemuan yang ku kira amat berharga. setiap detik itu, aku sematkan dalam dada. :) Lama menyepi, muncul kembali dalam keadaan yang tidakku duga. Hebat kuasa Yang Maha Esa. Setiap bait kata yang tersusun dengan terperinci sememangnya membuatkan aku sentiasa berfikir. Hebat LELAKI ini. Mana mungkin pemikirannya dapat aku terokai? Aku masih mencari jawapan pada setiap kata-taka yang diungkapkan. Segalanya benar dan meyakinkan. InsyaAllah. Ikatan sebegini yang ku harapkan kekal dunia & akhirat. Tidak perlu berdiskusi tentang orang lain, tidak perlu bercerita atau mengingati mengenai orang lain.    Cukup sekadar cerita KITA untuk dikongsi dan menjadi ikatan abadi. Pusing bukan main jauh, rupanya ITU yang nak disampaikan. Dahsyat-dahsyat. Hebat juga bila orang sains berbahasa.  Untuk kamu, saya sentiasa ada untuk mendorong anda untuk melaksanakan impian anda kelak. InsyaAllah. :) Semoga Berjaya. 


*bila nak update blog lagi wani? - Kata Dia. :) 
* Nah. Untuk kamu. Penghargaan kadang-kala tidak mampu untuk aku ungkap dengan kata. :)