Alhamdulillah. Setiap dugaan, cabaran dan masalah semasa shooting, aku ambil sebagai nikmat dalam kebesaran Allah SWT menguji aku untuk meningkatkan keimanan aku kepada-Nya. Sememangnya, ada masalah yang timbul. Alhamdulillah.. Ianya tetap berjalan dengan lancar malah dengan lebih menyeronokkan dengan telatah ahli-ahli TANGKAPICTURES PRODUCTION yang pelbagai. Siapa sangka? Bersama dengan mereka adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Untuk setakat ini, mereka memahami sifatku dan sentiasa menghormati satu sama lain. Saling bantu-membantu. Itu yang menjadi keutamaan. Crew yang sedikit tidak langsung mengganggu-gugat dalam kami menghasilkan yang terbaik. January team! Semoga hasil kerja kita nanti, sukses dan mendapat keberkatan oleh-Nya. Terima kasih kepada kesemua team January yang tenang dan sentiasa sabar dalam setiap dugaan yang mendatang. :) terima kasih untu bunga tulip yang cantik! :) <3
*Rupa-rupanya Allah SWT sudah merencanakan sesuatu yang lebih baik dan membahagiakan aku kini tanpa aku sedari. Setiap ujiannya membaawa kebahagiaan yang berpanjangan hendaknya. Allah Maha Adil.