-memorable moment-

Friday, February 11, 2011

WIRA HATIKU..

Sedang aku membaca buku motivasi oleh Dato Dr Fadzilah Kamsah. Aku tertarik dengan puisi hati yang dikarangnya. Membuatkan diri aku sedikit terkesan dengan luahan itu. Seperti aku meletakkan diri ditempat si pengarang. Hanya nukilan rasa yang mampu dilakarkan ketika lidah tumpul untuk meluahkan rasa. Setelah sekian lama. Perkhabaran Harlequine menjengah kembali. Menerjah lagi dalam kudus kalbu ini..

Wira hatiku.. Dengarkan. Untuk sekali.
Wira hatiku..
Tiada siapa yang tahu, 
Bahawa kasih ini ku tujukan padamu, 
Meskipun kurasakan mustahil untuk kugapai, 
Tetapi ku tahu Allah Maha Mengetahui hasrat hatiku.

Wira hatiku..
Padamu terhimpun pekerti tinggi, 
Padamu tergambar kelembutan dan kebijaksanaan hakiki, 
Senyumanmu manis menenangkan hati, 
Bicara lembut menawan hati, 
Hatiku yang satu, hanya untukmu ku abadi.

Wira hatiku..
Sedari awal kulihat dirimu insan mulia, 
Terlalu baik buat diriku yang hina, 
Tetapi diri ini menyintai kebaikan dan keindahan akhlakmu, 
Lantas padamu kuletakkan harapan, 
Adakah kau tahu? Adakah kau merasai? 
Insan daif ini menangis dalam kerinduan dan penuh pengharapan.

Wira hatiku..
Tidak mampu kusampaikan bicara hati ini, 
Lantaran hinanya diri, rendahnya pekerti, 
Meskipun cinta dan perhatian daripadamu kudambakan,
Terasa betapa kerdilnya diri ini, 
Terasa tidak layaknya untuk memiliki hatimu yang suci.

Wira hatiku..
Adakah kau akan hadir untuk menyelamatkan jiwa yang lesu ini..
Adakah kau dapat merasai kewujudan perasaan kudus ini, 
Lantaran aku ini tidak bijak menunjukkan perasaanku, apatah lagi memyatakan pengakuanku.
Walau hatiku amat berdebar, tanganku longlai dan kakiku goyah..
tatkala melihat dirimu...

*Buat harlequine ku. MasyaAllah.. Maafkan aku. Aku masih menyayangi kamu. 

SETELAH SEKIAN LAMA.

Baru ada masa semula. Lama juga tidak bertemu peneman sunyiku. :) 
Salam kerinduan untuk laman yang aku sayangi. Laman yang tenang, tanpa perlu orang lain tahu.:)
Satu kelegaan walaupun kepala dan dada sudah sesak dengan kerja & projek akhir yang bakal menjelang.
3 tahun bakal berlalu dengan penuh memori yang sangat bererti dalam mencari identiti diri. Di sini tempatku dan bakal aku berhijrah menuju ke gerbang yang lain dalam membuka luas pintu kebahagiaan yang telah direncanakan oleh Allah SWT. Redha dan Tawakal pada setiap ketentuan. Itu yang lebih baik dan menenangkan. :) 3 tahun yang bakal berakhir dan 3 tahun atau lebih yang bakal di isi dengan episod baru. Jalan cerita yang baru dan para pelakon yang baru. *wink.