"Cinta adalah cenderung terhadap sesuatu atau seseorang, kerana kecenderungan itu disebut Syahbadah, kalau berlebihan naik takah menjadi asyik, lantas jika sampai ke puncak dipanggil Syaghar atau sudah sampai menghambakan diri dipanggil Tattayum" - Faisal Tehrani-
Kes pertama : Semua orang seronok bila menyebut soal yang satu ini. Bukannya apa, kan seronok melayan perasaan yang tak tentu hala tu. Kata sahabatku, 'semua orang akan bertemu jodoh masing-masing kelak. Cuma cepat atau lambat je yang membezakannya'. Terlintas di dalam kepala otak aku, kenapa CINTA sentiasa menjadi topik utama? Terus terang, kadang-kadang aku rasa bosan. Seolah-olah terasa diri ini tidak langsung dicintai sesiapa. Walhal, sememangnya diri ini sangat dicintai oleh PENCIPTANYA. dan kita sering terlupa dan lebih malang lagi, kita langsung tak membalas CINTA yang SATU itu.
Kes kedua : Asal aku beli buku CINTA sahaja, mesti ada yang serkap jarang. Aku selalu rasa sedih sebab manusia masih tak pernah putus dengan sifat yang satu ini (memberikan identifikasi kepada seseorang dengan sesuka hati). Mereka tanya ..'buku apa pulak yang kau beli kali ni. Tak habis-habis nak motivasi diri. Bukan kau dah cukup bagus ke, Wani? aku jawab.. MEMBINA CINTA SAYANG oleh Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj (salah seorang motivator yang amat aku kagumi). Mula- mula mereka senyum.. lama-lama.. ini yang aku dengar.. 'kau ni, tak habis-habis dengan buku cinta kau! DESPERATE sangat ke Makcik? Bukannya takda orang nak nak kau. yang kau sebuk sangat nak membina cinta sayang ni dengan siapa pulak?' (dalam nada gelak terbahak-bahak).. aku jawab pula..'memang. aku desperate la kali ni. Memang NAK sangat motivasi diri aku ni'.. Dia tanya lagi 'Cinta Sayang apa yang kau nak bina sampai kena beli buku macam ni? aku rasa kau ada masalah tak laku lah! hahaha' dan aku pun menjawab.. 'Cinta Sayang yang HAKIKI yang aku cari sebab batin aku masih kosong untuk CINTA yang ini..dan aku sangat-sangat ingin mencintai-NYA..alangkah baiknya kalau aku berpeluang ke sana menyemai bibit-bibit cinta aku dengan Yang Esa. Aku sedang cuba sedaya upaya supaya aku tak menyesal kelak gamaknya.. Bukankah itu terdesak namanya? batin aku dah meronta-ronta, meminta makanannya.. Begitu juga dengan imanku, menjerit-jerit ingin meningkatkan bar-nya. Sebab tu, aku taknak isi makanan untuk perut aku je. Tapi, juga akal dan iman aku. Sebab tu aku sangat perlu membaca dan membeli buku ini. kerana aku memang terdesak CINTA. :) aku rasa, kau pun perlukan sebab kau bercakap seperti seorang yang tak berakal. Nanti dah habis, aku pinjamkan. Seronok bila kita dah mula, leka pula nanti. takut ada yang tergigit jari. kaku. Mati. Malu sendiri'.. (sambil aku berlalu dengan senyuman yang penuh kegembiraan).
P/s: bukan apa. kadang-kadang...bila selalu sangat memberikan justifikasi kepada seseorang, tak ke malu sendiri kalau silapnya serkap jarang. ?
No comments:
Post a Comment