Awal bismillah lidah bicara, pemanis hati penenang dada. Sesugguhnya aku mengucap dalam sabar dengan tenang ketika mendapat 'sesuatu' yang aku sendiri tercari-cari selama ini. MasyaAllah.. Kabur betul hati bila pesonanya ikhlas tiada. Astaghfirullahalaziimmmm..
Kelebihan. Itulah yang menjadi titik tolak, faktor dan punca kepada keretakan sesebuah perhubungan. Bak kata orang, 'makin banyak kelebihan, akan lebih banyak sebenarnya kelemahan.' Tanpa aku sedari, itulah yang menyekatkan aku dari kembali menjadi seperti dahulu. Apa-apa pun, bersederhana lebih baik dalam segala hal. Sebagai manusia aku masih samar dalam mencari apakah sebenarnya yang ada di dalam hati aku? Yang aku tahu, apabila aku seringkali bersama dengan Yang Maha Esa, dalam apa jua situasi...aku sering terasa akan 'ketenangan' dan 'kebahagiaan' itu.. Hanya dariNYA aku mendapat kepuasan itu. :) Tempoh keseronokan dalam menjalinkan sesebuah perhubungan sememangnya manis tanpa gula. Tapi, bila sudah ditambah madu, kenapa pahit terasa? Semestinya.. Bila terlalu banyak kemanisan, ingin pula ditambah dengan kemanisan yang berganda..semestinya ada yang pahit bakal terasa. Itulah lumrah dan fitrah kejadian manusia dalam mempunyai kelebihan dan bakal menjadi kelemahan yang berganda jika ia tidak dikawal dan dijaga.
Aku redha di setiap dugaan dan ujian dalam ALLAH SWT menguji aku. Di sini, aku kenal erti sebenar KAWAN dan LAWAN.
Abang kata : "masa final semester ni lah, kita boleh nampak siapa sebenarnya kawan dan siapa sebenarnya lawan".
Tapi, aku kata : "kawan-kawan akak tak macam tu. Masing-masing okay dan saling membantu".
Abang jawab : "jangan terlalu mudah percaya dan memuji. Jangan terlalu positif. Ambil sedikit untuk berhati-hati. Tak salah untuk ambil 30% ketidakpercayaan itu dari tiada langsung. Ingatlah, kita hidup untuk diri sendiri dahulu. Baru orang lain. Boleh membantu, fikirkan diri sendiri dahulu. Kau banyak kelebihan, takut-takut orang memandang ianya sebagai satu keburukan."
Aku jawab : "Akak tak setuju. Persahabatan adalah sesuatu yang terlalu istimewa berbanding perhubungan yang melibatkan perasaan semata-mata. :) (dalam hati berdetik : apa-apa je lah abang aku nih) Dia tak faham perempuan macam mana agaknya. Hahaha.. Tapi, pelikkan. Kenapa kelebihan boleh membawa keburukan."
Abang kata : "Kau ni degil tau tak, bona. Semua abang cakap taknak percaya. Hisshh. Letih cakap dengan anak dara sorang ni. Nak ikut kepala dia je. Bila down, tak ingat dunia! Semua benda pun kalau dah lebih, jadi tak elok. Macam makan la.. Biar sederhana. Ini tak, dah dapat ayam, nak kambing pulak.tak cukup-cukup. Semua pun kena bersederhana.."
Aku jawab : "Ala.. Bukan selalu pun nangis. Jarang kot! Hahaha. Relax la bang, Akak tahu macam mana nak berhati-hati. Lebih baik akak diam kali ni. Memerhati lebih baik dari berkata-kata. Jadi, akak selesa dan bersyukur dengan keadaan sekarang. Okay? Lagipun, apa masalahnya kalau jadi diri sendiri. Bukannya akak nak show off kelebihan akak. Memang dah dilahirkan macam ni. Akak cuab adaptkan diri akak mengikut situasi. Itulah pesan kawan akak."
Abang kata : "Suka hati! Tapi, kalau abang tahu, siapa-siapa cari pasal down-kan kau, meh datang jumpa abang besar dia dulu. Tak kenal, suka-suka hati nak cerita macam-macam pasal adik aku... Bagus pesanan tu, tapi kena beringat. Bukan setiap masa, kita boleh jadi lalang. Kena pandai ikut arah anginnya."
Aku kata : "hahaha! Poyo! Tunjuk gagah. So far, takda lagi.. Akak je yang bawak masalah sekarang ni"
Abang kata : "itu aku tahu. Kau memang suka menyusahkan orang! Hissshhh. Nasib baik la adik. Kalau orang lain, dah kena pulau dah!"
Aku kata : "Ek eleh... :P kureng hasam punya abang..Terimalah, akak memang macam ni sebab akak kan puteri kesayangan kat rumah!" hahaha.
Berhati-hati, kelebihan, kepercayaan dan penerimaan sememangnya perkara yang UTAMA buat aku kali ini. bukan untuk menilai tetapi bagi menjaga hati. Takut banyak yang akan terasa hati dengan sifat aku yang satu ni. IM JUST BEING MYSELF di mana sahaja aku berada. Terpulanglah untuk menerima atau tidak, dan aku cuba mengawal setiap dari perlakuan dan percakapan aku kali ini. Mula-mula, ia pasti tampak hebat segala.. Esok lusa? Semua seperti keburukan belaka. Yang penting, ALLAH SWT tahu niatku. Itu yang lebih penting.
*Alhamdulillah.. aku lega bila mendapat ujian kerana sekurang-kurangnya aku sudah bersedia dalam menjadi lebih matang untuk menghadapi hari-hari yang lebig mencabar. InsyaAllah. Bersyukur dah sekarang. Taknak lebih dah..Hehehe.:)
No comments:
Post a Comment