Syahdu hati bukan kau tiada di sisi. Masa yang aku cari untuk keadaan dan ruang waktu yang sesuai untuk setiap segalanya terungkai. Syahdu lagi, setiap detik menjadi sejarah perkenalan yang terlalu indah. Mana mungkin setiap darinya aku lupakan begitu sahaja. Kurang dari 2 bulan adalah kadar tempoh waktu yang sangat singkat dalam masing-masing melabuhkan tirai cereka kita. Cukup setahun lebih perkenalan ini, sememangnya memberikan aku penangan yang sangat-sangat mendalam tentang segalanya. Lebih-lebih lagi tentang Agama. Kau, datang dan bakal pergi untuk selamanya. Ku kira biar sisa perjalanan ini diakhiri dengan penghargaan memori yang teristimewa. Aku doakan yang baik-baik sahaja.
"Jadilah anda seperti rama-rama, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung pada yang lain, terbang dari satu tangkai ke tangkai yang lain dan dari satu taman ke taman yang lain. Pendek kata, hidupnya sentiasa berpusing dari yang baik kepada yang baik"
- Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni.
*Jika kau memahami, rama-rama ini sentiasa menjadi diri sendiri di setiap tempat yang diterokai. Hipokrit bukanlah prinsip diri. Terpulang kepada kau si jantung hati dalam menilai peribadiku ini. Andai kau sememangnya mengenali diri ini dengan mata hati, maka kau akan memahami sifatku yang semulajadi. Kepercayaan yang ku cari dari pihak kamu. Bukan penilaian melulu. Jika kau menyelami aku, tak perlu kau mendengar bisikan lain yang datang mengganggu. Jika dirimu berpihak pada ragu, lantas kepercayaan tidak pernah wujud di antara kau dan aku. Salahkah aku? Setelah titipan pesanan ini yang aku kedapkan? "Keadaan tidak akan sesuai untuk kita, kita yang akan menyesuaikan diri dengan keadaan". Terpulang kini kepada kau untuk memerhati dan mempercayai. Terkilan. Kau bersama teman yang menjatuhkan. Maafkan aku andai aku terlanjur bicara. semoga kepercayaan aku bersisa jua untuk kamu. Aku takut ia pulang tanpa ragu.
No comments:
Post a Comment