-memorable moment-

Thursday, April 21, 2011

~ SELESAI SUDAH ~

Setelah selesai aku memutuskan jalan itu, Alhamdulillah. Kau juga menerima dengan hati yang redha. :) Kawan, jangan risau. Akan ada bahagian kita kelak jika kau memang sahabat untukku. Lega setelah hasrat aku akhirnya tercapai untuk memberitahu kamu. Biar aku dengan diri aku. Tipulah kalau tak sakit dan tidak rindu. Mana mungkin bukan? Semestinya kau antara golongan yang sangat-sangat aku sayangi. Walaupun dalam sejarah kita mengenali, hanya SEKALI ucapan itu diungkapkan. Malah, aku ingat dan tidak akan pernah lupa waktu, masa, hari dan tarikhnya. :) Terima Kasih untuk perhubungan ini. Sememangnya, aku yang memulakan keakraban ini, dan aku juga yang akan mengakhirinya. Itu yang lebih sempurna. InsyaAllah. Mungkin aku bakal mengalami kesakitan dalam memperjuangkan dugaan yang aku tanggung selama ini berseorangan. Agar tiada juga simpati dari kau tentang masalah kesihatan yang aku alami. Kerana, aku amat membenci simpati yang datang dari temanku sendiri. Maafkan aku. Tiada niat untuk aku menyakiti kamu. Aku tahu, kau takkan pernah merasai kesakitan itu. Terima Kasih untuk segalanya. Sesungguhnya, tempoh perhubungan ini adalah sesuatu yang amat aku hargai kerana keistimewaannya sendiri. tanpa aku sendiri sedari, perkenalan ini yang mengajar aku erti kematangan, penerimaan dan kesabaran yang paling tinggi serta KEPERCAYAAN yang sungguh tidak aku jangka. Terima Kasih untuk segalanya. Kehadiran kau adalah yang teristimewa. 

Maaf... buat teman. :) <3 

No comments:

Post a Comment