"Lebaran Ini.
Dusta jika ku kata
aku lupa.
Tidak terdaya.
Kau berlegar
Di ingatan.
dalam setiap nafas yang aku hembuskan.
Tidak bermakna
aku tidak tinggal pesan..
aku lupa kau teman..
Tidak.
Tak pernah.
aku biar masa yang membenarkan
Untuk kau sentiasa berbunga di dalam ingatan."
Entah kau sedar atau tidak. Aku biarkan lagi. Terlalu banyak perkara yang menyinggah yang membuatkan kau sentiasa di hati ini. Sentiasa dan InsyaAllah.. Kekal. Aku doakan. Semoga aku dipertemukan jalan yang tidak mengecewakan kelak. Aku tidak berharap tetapi, mengharapkan. Aku harap kau FAHAM. Aku TIDAK BERHARAP..akan tetapi.. MENGHARAPKAN. Supaya ia lebih jelas dan terang untuk kau tafsirkan. Salam Lebaran, HARLEQUINE ku.. Maaf kan aku dia atas dosa dan khilafku terhadap kamu. Hanya KAU tidak sempat ku titipkan pesanan. kali ini, aku mohon maaf secara terang-terangan. Bukan aku lupa, tapi sengaja membiarkan. Ada jalan yang ingin aku tunjukkan andai kau betul-betul menemui permulaannya..kelak aku akan mengakhirinya juga kerana aku pasti kau faham dengan liku-liku perjalanan yang aku lalui ini bukan mudah untuk diterokai.
-Salam Qaseh di Lebaran yang Mulia-
No comments:
Post a Comment