Aku juga mempunyai FAVOURITE PART aku apabila membaca dan menyelidik. Aku lebih suka meneroka daripada bercerita. Manakan mampu imaginasi mengalahkan fakta sahih yang sudah terbukti benar dan dipercayai. Membaca merupakan Jambatan Ilmu? Kenapa tidak lebih dari itu? Membaca merupakan laluan kepada setiap selok belok jalan yang berliku. Tidak akan jumpa penamatnya di mana. Malah tidak juga pernah cuba untuk menamatkannya. Sampai bila-bila.
Selepas aku berjaya mengenal pasti di manakah perhentianku nanti, kelak akan aku temui penamat jalan kepada semua persoalan hidupku kelak. Hati aku sudah tidak sabar menunggu cabaran akal, iman dan hakiki. Tidak perlu membangga diri, tetapi jadikan ia sebagai terapi kepada perubahan diri yang lebih dinamik dan inovasi. InsyaAllah, berkat doa semua (Terutama ibu bapa, kaum keluarga dan sahabat) akan aku lakukan sehabis daya. Amin..
No comments:
Post a Comment