-memorable moment-

Wednesday, November 3, 2010

Waktu Yang Ku Ambil Semula

            Waktu yang aku ambil semula sebagai pendakap rasa untuk mengisi ruang muka kisah mula-mula terbitnya cereka. Buku berbalut kulit biru menjadi saksi kepada semua sisipan duka dan gembira. Pernah ku khabar dahulu, BUKAN PERMULAAN YANG PENTING, TETAPI PENGAKHIRANNYA. Sememangnya ia adalah satu titik akhir yang membawa kepada kebaikan atau kekecewaan. Pintu hati aku diketuk kuat oleh seseorang. Sesaat yang disanggah dalam berhenti berehat sebentar di perkarangan halaman aku, tersedar aku dari lamunan. Terhenti sejenak dan menyahut salam perkenalan. Bermula dari sebuah pertolongan, berakhir dengan penghargaan. Kau tahu? Semulanya rapat, Aku menjadi sasaran. Diserang persoalan dan taluan pertanyaan oleh bermacam golongan. Entah mengapa, inilah persahabatan yang diluar jangkaan. Paling banyak halangan dan dugaan. Aku cuba tempuh perlahan-lahan. 


Kini, aku meletakkan hati aku di awanan, membiarkan angin menolak ke kiri dan kanan. Bertemankan rama-rama yang berterbangan. Apa yang aku pasti, kesakitan makin bertambah apabila keperitan ditarah-tarah. Aku tidak mahu Kau tahu. Biar senyuman dan gelak tawa yang palsu menjadi diriku. Bukan hipokrit atau ego, tetapi adalah demi kebaikan semua. Aku tahu, antara kita pasti terselit seribu satu persoalan yang tidak langsung dapat diungkapkan. Bukan antara aku dan kau sahaja, tetapi, dia, kita, dan kami. Bagaimana titik tolak yang perlu lagi untuk aku mulakan? Biarkanlah. Andai ada kesempata aku untuk menemui waktu itu, adalah. Jika tiada, Yang Maha Esa lebih tahu tentang segalanya. Aku Redha dengan ketentuan. Aku Pasrah dengan perjalanan kehidupan. Mungkin ada yang lebih baik menanti ku dihadapan. Jangan risau, Kau tetap di dalam ingatan dan bermukim kerajaan hati ini. Walaupun ada yang cuba juga memecah masuk tanpa kebenaran, aku biarkan kerana tangkapan kuasa aku sudah habis aku gunakan untuk Kau. Jangan Kau tersepit dalam pencarian. Aku bukakan jalan. Pandai-pandailah kau bezakan... antara kasih, sayang, cinta dan persahabatan. Kau yang simpulkan. Selamat Jalan. Kisah KITA tinggal di sini. Biarkan ianya bersemadi dan terus memberikan aku inspirasi. Jangan Kau cari Cinta itu lagi kerana ia hanya SEKALI. 

-Rindu untuk kau sentiasa bertamu-

2 comments:

  1. Great writing wanie..terkesima jap baca dan memahamkan baris2 ayat dan bait2 kata mu....luahan rasa yg mendalam maksudnya di situ.

    ReplyDelete
  2. Ohho. Thanks for the compliment. :) anda juga pasti seorang yang sangat sukakan bahasa. Sebab tu, cuba memahami hingga ke akar umbi. :)

    ReplyDelete