-memorable moment-

Monday, February 28, 2011

HARLEQUINE : 4 Kali ( Syahdu Hati)

Syahdu hati bukan kau tiada di sisi. Masa yang aku cari untuk keadaan dan ruang waktu yang sesuai untuk setiap segalanya terungkai. Syahdu lagi, setiap detik menjadi sejarah perkenalan yang terlalu indah. Mana mungkin setiap darinya aku lupakan begitu sahaja. Kurang dari 2 bulan adalah kadar tempoh waktu yang sangat singkat dalam masing-masing melabuhkan tirai cereka kita. Cukup setahun lebih perkenalan ini, sememangnya memberikan aku penangan yang sangat-sangat mendalam tentang segalanya. Lebih-lebih lagi tentang Agama. Kau, datang dan bakal pergi untuk selamanya. Ku kira biar sisa perjalanan ini diakhiri dengan penghargaan memori yang teristimewa. Aku doakan yang baik-baik sahaja. 

"Jadilah anda seperti rama-rama, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung pada yang lain, terbang dari satu tangkai ke tangkai yang lain dan dari satu taman ke taman yang lain. Pendek kata, hidupnya sentiasa berpusing dari yang baik kepada yang baik"
 - Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni.

*Jika kau memahami, rama-rama ini sentiasa menjadi diri sendiri di setiap tempat yang diterokai. Hipokrit bukanlah prinsip diri. Terpulang kepada kau si jantung hati dalam menilai peribadiku ini. Andai kau sememangnya mengenali diri ini dengan mata hati, maka kau akan memahami sifatku yang semulajadi. Kepercayaan yang ku cari dari pihak kamu. Bukan penilaian melulu. Jika kau menyelami aku, tak perlu kau mendengar bisikan lain yang datang mengganggu. Jika dirimu berpihak pada ragu, lantas kepercayaan tidak pernah wujud di antara kau dan aku. Salahkah aku? Setelah titipan pesanan ini yang aku kedapkan? "Keadaan tidak akan sesuai untuk kita, kita yang akan menyesuaikan diri dengan keadaan"Terpulang kini kepada kau untuk memerhati dan mempercayai. Terkilan. Kau bersama teman yang menjatuhkan. Maafkan aku andai aku terlanjur bicara. semoga kepercayaan aku bersisa jua untuk kamu. Aku takut ia pulang tanpa ragu.  


Sunday, February 27, 2011

TITIPAN buat DIRI SENDIRI.

  • Tiada yang kebetulan. Semuanya telah direncanakan - Kata Dia.
Ketika sedang waktu menyebelahi aku dengan kedatangan yang penuh makna dan pesanan yang penting untukku lebih bersedia hendaknya. Aku benar-benar terharu dan bersyukur di setiap ketentuan yang telah ditetapkan Yang Maha Esa. Sesungguhnya setiap yang telah direncanakan, sepertinya cantik, teratur dan kemas sekali. Hebat benar kuasa Allah SWT. Aku cukup bersyukur di setiap dugaan dan kebahagiaan yang KAU berikan. Tiada yang lain, melainkan KEESAAN dan KEADILAN yang datang dari hakiki. 

*Bukan keseronokan dunia yang ku cari. Kebahagiaan akhirat yang ingin ku gapai. 

HARLEQUINE : 3 KALI

"Persoalan membengkak dalam hati seperti mahu terhambur keluar lava api.
Kesabaran menuntut, meredakan lava yang menggelegak jingga.
Membiarkan sahaja masa yang sesuai untuk segalanya terhambur keluar dengan sendirinya."
- Hazwani Azman (29 Januari 2011) - 

*Masih tersenyum dalam kehambaran yang berjela. Pernah kau tahu tentang itu? Tidak sama sekali. Aku pasti. 
*Maafkan aku kerana terpaksa berpura-pura bahagia di depan kamu. Agar persahabatan kita kekal dan baik-baik sahaja. 

HARLEQUINE : 2 KALI (Action speaks louder than words. Love requires no words)

continued:

Rama-rama masih belum terbang ke bunga yang lain. Walaupun pada dasarnya ia sering dilihat sentiasa berterbangan ke bunga yang lebih menawan. Jangan kau silap pandangan, rama-rama ini seringkali berulang-alik untuk sentiasa memerhati dan menjadi penjaga setia si bunga abadi. Bunga yang datang, menawarkan wangian yang hebat, sama sekali tidak dipandang apatah lagi untuk disinggah. Bunga yang ITU juga menjadi tatapan dan harapan dalam menanti dengan penuh kesabaran. Bunga kedua yang menjelma seketika membuatkan aku selesa.  Akan tetapi, rasanya tidak sama untuk rama-rama ini tertarik hati walaupun bunga ini JAUH lebih hebat sekali. Tidak sama sekali. Cukup sekadar bunga ini menjadi tempat perlindungan si rama-rama. Penghargaan yang dapat diberi kepada si bunga pertama dan kedua. Bagaimana dengan bunga ITU? Rama-rama ini seringkali memerhati dan berulang-alik dalam diam untuk memastikan si bunga ITU sentiasa segar dalam mendapat keperluan yang secukupnya. InsyaAllah. Janganlah ada yang menguji kesetiaan si rama-rama ini (doanya dalam hati). 


*Rama-rama ini sering mendoakan kebahagiaan si bunga ITU. 

HARLEQUINE : 1 KALI

Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa,
bukan menimbulkan tangis tali sedan,
tetapi CINTA menghidupkan penghargaan, 
menguatkan hati dalam perjuangan,
menempuh onak duri penghidupan.
-HAMKA-

Di dalam satu masa dan keadaan, hanya kesabaran yang menuntutkku untuk lebih ikhlas dan redha dalam menanti dan memerhati. Aku tahu ALLAH SWT sedang mendengar malah dengan penuh setia. Aku sangat mencintai dia sehingga satu masa, jiwaku tersepit menyentak-nyentak dalam kalbu menanggung beban, sarat rindu pada LELAKI itu. Harap kau tahu dirimu yang aku maksudkan itu. 


*Rama-rama masih belum terbang ke bunga yang lain.

Sejauh mana hebat itu hebat ? kata DIA. *wink

Salam. Sebuah pertemuan yang ku kira amat berharga. setiap detik itu, aku sematkan dalam dada. :) Lama menyepi, muncul kembali dalam keadaan yang tidakku duga. Hebat kuasa Yang Maha Esa. Setiap bait kata yang tersusun dengan terperinci sememangnya membuatkan aku sentiasa berfikir. Hebat LELAKI ini. Mana mungkin pemikirannya dapat aku terokai? Aku masih mencari jawapan pada setiap kata-taka yang diungkapkan. Segalanya benar dan meyakinkan. InsyaAllah. Ikatan sebegini yang ku harapkan kekal dunia & akhirat. Tidak perlu berdiskusi tentang orang lain, tidak perlu bercerita atau mengingati mengenai orang lain.    Cukup sekadar cerita KITA untuk dikongsi dan menjadi ikatan abadi. Pusing bukan main jauh, rupanya ITU yang nak disampaikan. Dahsyat-dahsyat. Hebat juga bila orang sains berbahasa.  Untuk kamu, saya sentiasa ada untuk mendorong anda untuk melaksanakan impian anda kelak. InsyaAllah. :) Semoga Berjaya. 


*bila nak update blog lagi wani? - Kata Dia. :) 
* Nah. Untuk kamu. Penghargaan kadang-kala tidak mampu untuk aku ungkap dengan kata. :) 

Friday, February 11, 2011

WIRA HATIKU..

Sedang aku membaca buku motivasi oleh Dato Dr Fadzilah Kamsah. Aku tertarik dengan puisi hati yang dikarangnya. Membuatkan diri aku sedikit terkesan dengan luahan itu. Seperti aku meletakkan diri ditempat si pengarang. Hanya nukilan rasa yang mampu dilakarkan ketika lidah tumpul untuk meluahkan rasa. Setelah sekian lama. Perkhabaran Harlequine menjengah kembali. Menerjah lagi dalam kudus kalbu ini..

Wira hatiku.. Dengarkan. Untuk sekali.
Wira hatiku..
Tiada siapa yang tahu, 
Bahawa kasih ini ku tujukan padamu, 
Meskipun kurasakan mustahil untuk kugapai, 
Tetapi ku tahu Allah Maha Mengetahui hasrat hatiku.

Wira hatiku..
Padamu terhimpun pekerti tinggi, 
Padamu tergambar kelembutan dan kebijaksanaan hakiki, 
Senyumanmu manis menenangkan hati, 
Bicara lembut menawan hati, 
Hatiku yang satu, hanya untukmu ku abadi.

Wira hatiku..
Sedari awal kulihat dirimu insan mulia, 
Terlalu baik buat diriku yang hina, 
Tetapi diri ini menyintai kebaikan dan keindahan akhlakmu, 
Lantas padamu kuletakkan harapan, 
Adakah kau tahu? Adakah kau merasai? 
Insan daif ini menangis dalam kerinduan dan penuh pengharapan.

Wira hatiku..
Tidak mampu kusampaikan bicara hati ini, 
Lantaran hinanya diri, rendahnya pekerti, 
Meskipun cinta dan perhatian daripadamu kudambakan,
Terasa betapa kerdilnya diri ini, 
Terasa tidak layaknya untuk memiliki hatimu yang suci.

Wira hatiku..
Adakah kau akan hadir untuk menyelamatkan jiwa yang lesu ini..
Adakah kau dapat merasai kewujudan perasaan kudus ini, 
Lantaran aku ini tidak bijak menunjukkan perasaanku, apatah lagi memyatakan pengakuanku.
Walau hatiku amat berdebar, tanganku longlai dan kakiku goyah..
tatkala melihat dirimu...

*Buat harlequine ku. MasyaAllah.. Maafkan aku. Aku masih menyayangi kamu. 

SETELAH SEKIAN LAMA.

Baru ada masa semula. Lama juga tidak bertemu peneman sunyiku. :) 
Salam kerinduan untuk laman yang aku sayangi. Laman yang tenang, tanpa perlu orang lain tahu.:)
Satu kelegaan walaupun kepala dan dada sudah sesak dengan kerja & projek akhir yang bakal menjelang.
3 tahun bakal berlalu dengan penuh memori yang sangat bererti dalam mencari identiti diri. Di sini tempatku dan bakal aku berhijrah menuju ke gerbang yang lain dalam membuka luas pintu kebahagiaan yang telah direncanakan oleh Allah SWT. Redha dan Tawakal pada setiap ketentuan. Itu yang lebih baik dan menenangkan. :) 3 tahun yang bakal berakhir dan 3 tahun atau lebih yang bakal di isi dengan episod baru. Jalan cerita yang baru dan para pelakon yang baru. *wink.