-memorable moment-

Tuesday, January 25, 2011

Patah Tumbuh, Hilang Berganti! - Kata Abangku.

Awal bismillah lidah bicara, pemanis hati penenang dada. Sesugguhnya aku mengucap dalam sabar dengan tenang ketika mendapat 'sesuatu' yang aku sendiri tercari-cari selama ini. MasyaAllah.. Kabur betul hati bila pesonanya ikhlas tiada. Astaghfirullahalaziimmmm.. 

Kelebihan. Itulah yang menjadi titik tolak, faktor dan punca kepada keretakan sesebuah perhubungan. Bak kata orang, 'makin banyak kelebihan, akan lebih banyak sebenarnya kelemahan.' Tanpa aku sedari, itulah yang  menyekatkan aku dari kembali menjadi seperti dahulu. Apa-apa pun, bersederhana lebih baik dalam segala hal. Sebagai manusia aku masih samar dalam mencari apakah sebenarnya yang ada di dalam hati aku? Yang aku tahu, apabila aku seringkali bersama dengan Yang Maha Esa, dalam apa jua situasi...aku sering terasa akan 'ketenangan' dan 'kebahagiaan' itu.. Hanya dariNYA aku mendapat kepuasan itu. :) Tempoh keseronokan dalam menjalinkan sesebuah perhubungan sememangnya manis tanpa gula. Tapi, bila sudah ditambah madu, kenapa pahit terasa? Semestinya.. Bila terlalu banyak kemanisan, ingin pula ditambah dengan kemanisan yang berganda..semestinya ada yang pahit bakal terasa. Itulah lumrah dan fitrah kejadian manusia dalam mempunyai kelebihan dan bakal menjadi kelemahan yang berganda jika ia tidak dikawal dan dijaga.

Aku redha di setiap dugaan dan ujian dalam ALLAH SWT menguji aku. Di sini, aku kenal erti sebenar KAWAN dan LAWAN. 
Abang kata : "masa final semester ni lah, kita boleh nampak siapa sebenarnya kawan dan siapa sebenarnya lawan". 
Tapi, aku kata : "kawan-kawan akak tak macam tu. Masing-masing okay dan saling membantu". 
Abang jawab : "jangan terlalu mudah percaya dan memuji. Jangan terlalu positif. Ambil sedikit untuk berhati-hati. Tak salah untuk ambil 30% ketidakpercayaan itu dari tiada langsung. Ingatlah, kita hidup untuk diri sendiri dahulu. Baru orang lain. Boleh membantu, fikirkan diri sendiri dahulu. Kau banyak kelebihan, takut-takut orang memandang ianya sebagai satu keburukan."
Aku jawab : "Akak tak setuju. Persahabatan adalah sesuatu yang terlalu istimewa berbanding perhubungan yang melibatkan perasaan semata-mata. :) (dalam hati berdetik : apa-apa je lah abang aku nih) Dia tak faham perempuan macam mana agaknya. Hahaha.. Tapi, pelikkan. Kenapa kelebihan boleh membawa keburukan."
Abang kata : "Kau ni degil tau tak, bona. Semua abang cakap taknak percaya. Hisshh. Letih cakap dengan anak dara sorang ni. Nak ikut kepala dia je. Bila down, tak ingat dunia! Semua benda pun kalau dah lebih, jadi tak elok. Macam makan la.. Biar sederhana. Ini tak, dah dapat ayam, nak kambing pulak.tak cukup-cukup. Semua pun kena bersederhana.." 
Aku jawab : "Ala.. Bukan selalu pun nangis. Jarang kot! Hahaha. Relax la bang, Akak tahu macam mana nak berhati-hati. Lebih baik akak diam kali ni. Memerhati lebih baik dari berkata-kata. Jadi, akak selesa dan bersyukur dengan keadaan sekarang. Okay? Lagipun, apa masalahnya kalau jadi diri sendiri. Bukannya akak nak show off kelebihan akak. Memang dah dilahirkan macam ni. Akak cuab adaptkan diri akak mengikut situasi. Itulah pesan kawan akak."
Abang kata : "Suka hati! Tapi, kalau abang tahu, siapa-siapa cari pasal down-kan kau, meh datang jumpa abang besar dia dulu. Tak kenal, suka-suka hati nak cerita macam-macam pasal adik aku... Bagus pesanan tu, tapi kena beringat. Bukan setiap masa, kita boleh jadi lalang. Kena pandai ikut arah anginnya."
Aku kata : "hahaha! Poyo! Tunjuk gagah. So far, takda lagi.. Akak je yang bawak masalah sekarang ni"
Abang kata : "itu aku tahu. Kau memang suka menyusahkan orang! Hissshhh. Nasib baik la adik. Kalau orang lain, dah kena pulau dah!"
Aku kata : "Ek eleh... :P kureng hasam punya abang..Terimalah, akak memang macam ni sebab akak kan puteri kesayangan kat rumah!" hahaha. 

Berhati-hati, kelebihan, kepercayaan dan penerimaan sememangnya perkara yang UTAMA buat aku kali ini. bukan untuk menilai tetapi bagi menjaga hati. Takut banyak yang akan terasa hati dengan sifat aku yang satu ni. IM JUST BEING MYSELF di mana sahaja aku berada. Terpulanglah untuk menerima atau tidak, dan aku cuba mengawal setiap dari perlakuan dan percakapan aku kali ini. Mula-mula, ia pasti tampak hebat segala.. Esok lusa? Semua seperti keburukan belaka. Yang penting, ALLAH SWT tahu niatku. Itu yang lebih penting. 
*Alhamdulillah.. aku lega bila mendapat ujian kerana sekurang-kurangnya aku sudah bersedia dalam menjadi lebih matang untuk menghadapi hari-hari yang lebig mencabar. InsyaAllah. Bersyukur dah sekarang. Taknak lebih dah..Hehehe.:)


Thursday, January 20, 2011

Silent Mode oleh Kamu.

Masing - masing senyap. 
Bererti tanda hormat dengan kepadatan masa yang mencengkam.
Waktu yang tiada.
Membuatkan aku tercari-cari dalam aku ingin menjengah sebentar ke ruang itu.
Manakan mampu untuk ku isi jikalau kau sendiri tidak pernah memberi. 

Setiap nafas dalam hembusan, aku sisip rasa rindu yang terpendam. Mulut tidak mampu mengakui tika hasrat hati meronta-ronta ingin keluar pergi. Jalan yang aku cari masih kabur dan samar untuk aku lalui. Tiada yang pasti untukku kali ini. 

Perasaan datang tanpa perlu aku jemput menziarahi
Malah, kadang- kala aku halau jauh untuk kau mati. 
I Love You. 
Its A Promise Secrecy..



Aku cuba menamatkannya, wahai HATI.

Masa DAHULU yang aku ambil seketika..
Aku biarkan, aku sangka senyap berlarutan melawat kesepian..
Mampu membantu aku dalam melupakan..
Malangnya, makin tertekan kerana kesakitan kata yang tersimpan..
Membuatkan aku lelah lagi dalam kerinduan perasaan..


* Belum pernah sempat mengisi ruang kerinduan, 
Kau hilang jauh tanpa segan~
Belum pernah sempat menangis tersedu-sedan di bahu yang aku perlukan, 
Kau tinggalkan aku keseorangan~
Belum pernah sempat menjawab pertanyaan perasaan,
Kau berlalu bisu dengan seribu persoalan~
Mana mungkin bukan? Ruang yang diisi, makin sarat dengan penafian terbeban* 


Aku masih berjalan perlahan..
Menunggu masa yang sesuai untuk aku labuhkan tirai kelukaan
Tidak sesuai sebenarnya untuk aku menyimpan perasaan...
Kerana kau sendiri tahu.. 
Aku bukan seorang perempuan yang mudah dalam menyingkapkan perasaan. 
Aku takut ianya bakal merosakkan perhubungan. 
Aku mulai nekad untuk membiarkan.
Sehinggalah segalanya selesai dan aku bakal meninggalkan.. 
KAU..
demi
KEBAHAGIAAN..



*bukan senyap bermakna tiada, sebenarnya membengkak dalam luka. 

KESABARAN.

Sememangya aku diuji satu persatu dari setiap golongan sahabat. Baik dari yang ku kenali sejak 3 tahun yang lepas, tak kurang juga yang baru sahaja setahun yang lepas. Tanpa sesiapa pun sedari sememangnya, aku mengira detik pertemuan itu dengan semua kisah-kisah kita. MasyaAllah. Sememangnya Allah SWT sangat adil dalam merencanakan segalanya. Kini, aku terus bergerak menuju ke masa depan ingin aku capai. Tanpa aku sendiri perlu memikir tentang sebuah ikatan yang sangat-sangat aku hargai. Aku sabar dalam menanti sebuah penceritaan, aku sabar dalam menanti sebuah pengakhiran, aku sabar menanti dalam sebuah persoalan. Antara perasaan dan kewarasan akal. Semoga kesabaran yang disemai membawa gerbang kegembiraan akhirnya. InsyaAllah.. 

Wednesday, January 5, 2011

SEMANGAT & DOA.

Semangat yang aku perlukan kini masih jauh. Lantas, aku biarkan lagi agar semangat sahabat-sahabat yang lain sentiasa bersemadi. Berat permulaan kali ini, ku harap ringan pengakhiran kisah diploma ku. Semoga setiap cerita, drama dan cereka menjadi memori terindah dalam aku mengisi ruang hidup aku sebagai pelajar Diploma TEKA semester yang terakhir. InsyaAllah. Doa ku panjat, Semangat ingin aku bangkitkan. Mula semula dengan senyuman yang berbaur kehambaran hati. Semuanya bakal terisi dengan keputusan yang baik-baik hendaknya. Amin... 



*Mak, Abah dan Abang2 ku!! Hazwani Husna kini sedang meraung semula untuk mendapatkan semangat yang terakhir. 

Tuesday, January 4, 2011

SITUASI dan SAHABAT ?

Jalan dan ruang yang sememangnya menyesakkan pada awal semester yang mula menyentakkan. Aku isi cerita aku hari ini dengan kekecewaan apabila tidak langsung diberi peluang untuk menceritakan situasi aku kali ini. Biarlah mereka dengan persepsi dan pendapat tentang aku. Siapa yang tahu situasi ku yang sebenar ketika itu? ada yang bertanya? ada yang mengambil berat? ada yang mahu mendengar? seperti tersentak-sentak dada memendam rasa dalam hati yang terasa. Entahlah. Aku sendiri buntu dalam mengenal erti sebenar maksud SAHABAT. Terasa hati? katakan. Dan aku ubahkan diriku. MasyaAllah.. Biarlah ALLAH SWT yang memutuskan yang seterusnya. Aku diamkan sahaja. Ini yang lebih baik untuk diriku dan masa depan. Jika benar dia adalah sahabat ku dunia dan akhirat, InsyaAllah.. ada jalan pulihnya. Jika tidak, biarkan sahaja. Semoga setiap jalan yang dipilih semua adalah baik dalam masing-masing meluahkan kata kelak. Jika benar kau memahami aku, kau pasti faham kedudukanku ketika itu. Kerana lelahan yang terlalu sesak, aku terpaksa mendiamkan diri. Terasa hati? Lebih banyak yang telah kau beri. Mengapa aku masih mampu berdiam diri? kerana aku MENERIMA dan MEMAHAMI sifat, kelemahan dan kebaikan diri kamu, sahabat. 


*sekali kita tersilap langkah, pasti yang silap menjadi keutamaan. Seribu kali kita berbuat baik, tiada satu pun yang dihargai. Bermakna..PENERIMAAN masih belum ada untuk yang bergelar SAHABAT.