-memorable moment-

Thursday, December 23, 2010

VILLA TEPI SURAU

Dalam meninggalkan, aku sayu sebentar dalam mengingati setiap detik dan saat dalam menjaga conty. 
Banyak yang aku pelajari. Setiap ruang masa dan keadaan, aku cuba isi dengan ilmu yang kemungkinan esok lusa takkan aku dapat. Terima Kasih kepada Rumah Karya Citra, Puan Erma Fatima, Abg Bade Hj Azmi, Kak Asmida, Abg Wan (cameraman), Abg Eddy, Kak Zai & Kak long (make up), and semua crew yang terlibat. Terima kasih. Setiap nasihat, tunjuk ajar, marah dan kasih sayang akan aku sematkan sampai bila-bila. Inilah dunia produksi yang tidka pernah kenal erti perit dan penat. Sentiasa bergerak dan bekerja dalam menghasilkan yang terbaik. Terima kasih juga kepada para pelakon yang sentiasa memberikan kerjasama. :) 

*kisah praktikal aku kini penuh dengan warna warni macam pelangi. :) 

Tuesday, November 30, 2010

SEMENTARA MASIH ADA.

Sesak nafasku dalam mengenal erti kedewasaan. Makin banyak yang dipelajari, makin banyak kesilapan yang aku lakukan. Terkadang aku seperti mahu memberhentikan masa yang berjalan tanpa henti. Tidak penatkah masa memutarkan waktunya tanpa ada rehat dan sakitnya? Tidak menyesalkan waktu yang ditinggalkan manusia tanpa sebarang pengisian bermakna? Entahlah. Jika semua tidak sabar ingin menjangkau usia, aku pula tidak mahu berganjak dari waktu. Kerana aku mulai takut akan pengakhiran pentas realitiku yang masih kosong dan kabur. Mana perginya keindahan keseronokan untuk bermain bersama-sama rakan di taman permainan. Kini, membawa pula golongan adik-adik untuk mengenali keseronokan. Esok? memimpin tangan anak untuk di bawa ke Taman Permainan. MasyaAllah.. Sepintas lalu masa meninggalkan usia untuk terus bertambah. 

SUDAH BERSEDIAKAH AKU?
Melayari bahtera kedewasaan yang bakal mewarnai diari hidupku. Selamat tinggal zaman keremajaan yang bakal berakhir dengan penuh kegembiraan dan keindahan. Zaman yang sangat aku sayangi dan hargai. Penuh dengan warna warni. Sedikit tercalit hitam, masih lagi mampu untuk aku cuci. Selepas ini? Akan aku jaga nilai peribadi dalam menjadi wanita yang berbudi. InsyaAllah. Biarlah kena pada masa dan keadaan untuk berubah ke arah kebaikan. Masih memerlukan muhasabah yang berkesan dari semua golongan untuk aku menyuntik semangat kedewasaan. InsyaAllah.. Aku masih mempunyai 57 hari dalam bergelar seorang remaja. Angka 21 sudah lama menunggu untuk menempatkan aku di situ. 

RUMAHTANGGA?
Hati masih boleh meneruskan. Akal ku tidak mahu membiarkan. Akal sentiasa tidak merelakan aku untuk mengakhirkan zaman.'Masih belum cukup ilmu,' kata si akal kepada si hati supaya aku tdak menyesal di kemudian hari. Bermakna, jalan yang berliku masih belum tamat untuk aku menjumpai jalan yang lurus dan terang untuk aku lalui. :) Semoga aku dapat memutuskan yang tepat dalam menyimpulkan keputusan. InsyaAllah. 


*Semangat dan Doa yang aku perlukan. Takut juga tersilap percaturan. Peluang hanya datang sekali. Impian takkan bersemi jika hati masih tidak diisi.  

Monday, November 29, 2010

PENANTI, seperti yang kau ajari...Untukku amalkan.


Buat kita turut sama mencari jawapan : 

12:4
( Yusuf   :  4) 

36:36

(Yassin  : 36 ) 




PENANTI, JANGAN KAU SEPI.

Pandangan siapa lagi yang haru aku ambil? aku sendiri tak pasti.
Sergahan di setiap page dan wall aku membuatkan aku rasa semak dan tersepit. 
Memang benar, kita berkawan dan masih berkawan. Tapi, belum sampai waktu dan ketika ini untuk aku simpulkan kerana aku tiada jawapan yang pasti. Mana mungkin aku melepaskan sesuatu yang datang dengan penuh harapan murni. Membiarkan ia pergi tanpa aku terokai. Tidak adil untuk diriku dan dirinya juga sebagai PENANTI. Sabar yea wahai Si PENANTI ku. Aku sedang cuba mencari jawapan untuk setiap persoalan dan ruang tanda tanya yang telah kau berikan. Sememangnya aku kisah tentang perasaan kamu, malah sangat aku hargainya. Tapi, aku bukan hanya mencari sebuah perasaan tetapi juga penerimaan. Jika kaulah kawan, sahabat, teman dan kekasihku. InsyaAllah.. Jalannya pasti terbuka luas untuk kita bersatu. Sememangnya, aku mahu HATI ku diambil hanya SEKALI. tiada yang kedua dan ketiga. Kenali diriku semampunya kamu. Andai aku yang tidak dapat memberi, maafkan aku. Bukan mudah untuk memiliki sekeping hati ini. Aku sangat menjaga dan mengasihinya agar tiada sembarangan manusia boleh mencurinya. Itulah 20 tahunku tanpa sebarang rasa kepada mana-mana jiwa (walaupun sebenarnya aku sendiri kurang pasti dengan perasaan yang menjengah ku). tapi, aku yakin, 'CINTA ITU' masih belum wujud untuk aku. Benar.. SAYANG boleh dipupuk dan CINTA juga boleh di semai. Tapi, ianya BUKAN MUDAH untuk aku. Aku PASTI kau juga tahu tentang itu, bukan? Harapnya jika ianya bersemi bukanlah atas dasar simpati. PENANTI, jangan kau sepi. Jika CINTA KAU utuh bersemi, InsyaAllah.. Pasti di redhai. Jika tidak, aku pasti. KAU akan bertemu dengan si jantung hati yang abadi nanti. 

* Redha dengan keputusan ku. Untuk kebaikan, dan banyak lagi yang ingin aku lakukan dalam menelusuri hari-hari depanku. Aku mahu kau faham yang itu. 

Sunday, November 28, 2010

HATI AKU DI MANA?

Masih bersisa. Sampai bila aku sendiri tidak punya daya untuk teruskan jua. Andai si dia tahu, manakan mampu untuk aku menutup malu? biarkan senyap dalam kalbu. Aku redha mencintaimu dalam diam dan bisu. Maafkan aku. 

PRODUKSI : Villa Tepi Surau.

Dari wardrobe aku mula. Menjengah seketika diruang conti. Bagaimana hendak aku cerita. Semuanya terselit pengalaman diri. Susah di khabar. Hanya mampu tersimpan. Aku perlu teruskan walaupun ini bukan jalan pilihan. Kehendak jelas, jalan masih kabur untuk aku putuskan. masih berjalan perlahan...menuju gerbang impian. InsyaAllah.. segalanya bersebab dan pasti ada hikmahnya. Ini bukan mudah.

Saturday, November 27, 2010

RINDU

Pada siapa?
Kenapa perlu?
Aku sendiri taktahu.
Biarkan ia berlalu.

Tuesday, November 16, 2010

Keputusan ITU dan Kesakitan INI.

Mula menyinggah menyelinap masuk dalam ruang, bukan mengesan tapi sangat terkesan. Keasyikan yang sekejap aku simpan buat kenangan senyap-senyap. Sudah-sudah lah tu. Jangan menyiksa diri. Terima kekurangan dan dugaan dengan penuh redha dan kesabaran. Sudah dicuba malah masih mencuba, tapi untuk apa. Aku sendiri sudah tidak punya kekuatan untuk meneruskannya. Malah, aku cuba dan sentiasa menafikan. Harapannya, agar ia berkubur. InsyaAllah. Itu yang terbaik buat masa ini untuk perhubungan KITA supaya kekal selamanya. Aku doakan. Amin. 

Thursday, November 11, 2010

Praktikal : Rumah Karya Citra ( RKC)

            Hari ke-5 menjalani praktikal di RKC bersama sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuangan. Di dalam bidang yang sama cuma jabatan sahaja yang berbeza. Banyak perkara yang aku mula belajar tentang dunia realiti alam pekerjaan. Semalam, ini. Hari ini, itu. Esok? aku tunggu. Bermacam ragam. Aku beroleh ilmu sedikit demi sedikit. Tidak seperti rakan-rakan yang berada di produksi lain yang tampaknya lebih sibuk berbanding diriku. Biarlah ilmu itu sedikit tetapi banyak manfaatnya. Itu yang lebih aku utamakan dan menjadi titik tolak  utama dalam aku merencanakan masa depan kelak. Sememangnya berada di dalam produksi sebenar adalah berbeza. Semuanya realiti dan nyata. Antara Mula dan Akhirnya atau Tidak dan Ya. Itu semua adalah risiko yang nyata. Memandangkan ini antara dunia pilihanku, aku pasrah untuk menempuhi keadaan ini dengan penuh dedikasi. Jauh di sudut hati, bukan tempat aku di produksi. Tetapi.. ilmu itu di mana-mana. Aku cuba dan terus jalaninya. Penggambaran akan berlangsung pada Hari raya ke-dua. InsyaAllah.. Hati aku yang gundah dan mula risau dengan kerja yang bakal mendatang, membuatkan aku sentiasa memerlukan semangat untuk menghadapinya. Harapan agar setiap ilmu yang aku pelajari dapat aku aplikasi dan tambah lagi. Semoga diari praktikalku akan lebih meriah dengan warna-warni alam realiti dalam mencari rezeki di sini. 
          
            Berada di RKC. Semuanya baik-baik belaka. Cik Fadhilah, Abang Faiz dan Big Boss ( Puan Erma Fatima) adalah 'orang kuat' yang menjadi tunjang kepada RKC. aku kagum dengan Kak Fadhilah yang ramah, tetapi tegas. Abg Faiz, dengan dedikasinya tetapi pemalu dan Puan Erma yang sabar dan tidak pernah berhenti dalam menghasilkan yang terbaik. Perlaksanaan yang baik bergantung kepada kehebatan organisasi itu bergerak. walaupun RKC dilihat kecil.. di mataku pada awalnya.. Tetapi, kini.. Hari demi hari.. hatiku terpaut semula untuk berkhidmat di dalam produksi. Bukan aku tak sudi sebelum ini, cuma.. Aku merasakan aku tidak layak untuk bersama orang-orang kreatif yang sentiasa mempunyai idea dan kreativiti untuk di tonjolkan. Aku kerdil di situ. Harapannya, agar aku dapat melakukan yang terbaik ketika penggambaran berlangsung. InsyaAllah. Berkat doa Mak, Abah, Kaum Keluarga dan sahabat handai.. Aku akan lakukan yang terbaik untuk industri ini dan masa depan.


:)

Wednesday, November 3, 2010

Waktu Yang Ku Ambil Semula

            Waktu yang aku ambil semula sebagai pendakap rasa untuk mengisi ruang muka kisah mula-mula terbitnya cereka. Buku berbalut kulit biru menjadi saksi kepada semua sisipan duka dan gembira. Pernah ku khabar dahulu, BUKAN PERMULAAN YANG PENTING, TETAPI PENGAKHIRANNYA. Sememangnya ia adalah satu titik akhir yang membawa kepada kebaikan atau kekecewaan. Pintu hati aku diketuk kuat oleh seseorang. Sesaat yang disanggah dalam berhenti berehat sebentar di perkarangan halaman aku, tersedar aku dari lamunan. Terhenti sejenak dan menyahut salam perkenalan. Bermula dari sebuah pertolongan, berakhir dengan penghargaan. Kau tahu? Semulanya rapat, Aku menjadi sasaran. Diserang persoalan dan taluan pertanyaan oleh bermacam golongan. Entah mengapa, inilah persahabatan yang diluar jangkaan. Paling banyak halangan dan dugaan. Aku cuba tempuh perlahan-lahan. 


Kini, aku meletakkan hati aku di awanan, membiarkan angin menolak ke kiri dan kanan. Bertemankan rama-rama yang berterbangan. Apa yang aku pasti, kesakitan makin bertambah apabila keperitan ditarah-tarah. Aku tidak mahu Kau tahu. Biar senyuman dan gelak tawa yang palsu menjadi diriku. Bukan hipokrit atau ego, tetapi adalah demi kebaikan semua. Aku tahu, antara kita pasti terselit seribu satu persoalan yang tidak langsung dapat diungkapkan. Bukan antara aku dan kau sahaja, tetapi, dia, kita, dan kami. Bagaimana titik tolak yang perlu lagi untuk aku mulakan? Biarkanlah. Andai ada kesempata aku untuk menemui waktu itu, adalah. Jika tiada, Yang Maha Esa lebih tahu tentang segalanya. Aku Redha dengan ketentuan. Aku Pasrah dengan perjalanan kehidupan. Mungkin ada yang lebih baik menanti ku dihadapan. Jangan risau, Kau tetap di dalam ingatan dan bermukim kerajaan hati ini. Walaupun ada yang cuba juga memecah masuk tanpa kebenaran, aku biarkan kerana tangkapan kuasa aku sudah habis aku gunakan untuk Kau. Jangan Kau tersepit dalam pencarian. Aku bukakan jalan. Pandai-pandailah kau bezakan... antara kasih, sayang, cinta dan persahabatan. Kau yang simpulkan. Selamat Jalan. Kisah KITA tinggal di sini. Biarkan ianya bersemadi dan terus memberikan aku inspirasi. Jangan Kau cari Cinta itu lagi kerana ia hanya SEKALI. 

-Rindu untuk kau sentiasa bertamu-

Wednesday, October 27, 2010

Telahan Rasa

      Meremang satu badan dengan telahan perasaan yang baru sahaja aku cuba hindarkan. Macam-macam yang kabur untuk aku gambarkan makin jelas di visualkan. Satu-per-satu episod kisah ini melangkau kalbu rindu. Ruang masa yang dipenuhi dengan sesi ta'aruf dalam mengenal diri, keluarga dan keinginan yang membawa kepada masa depan. Mata pena yang basah lagi lebat dengan air mata kebahagiaan yang merupakan dugaan dan cubaan dari Yang Maha Esa aku ingatkan. Selama mana pun yang diambil untuk menelusuri kotak hati masing-masing, aku biarkan. Sungguh begitu hasrat hati aku mula menapak menuju ke gerbang tamu ruang hati kamu. Bahagianya diriku andai kau tahu. Alhamdulillah. KEREDHAAN bertamu dalam hati yang IKHLAS, dan Allah SWT permudahkan jalan dan setiap urusan. Susah untukku temui Ikhlas yang sebenar sehingga terjadinya HARI ITU. 

      Senyuman yang mendalam membawa penghormatan terbuai diri seperti dilayan bidadari. Setiap keadaan dan situasi dapat dinikmati dan aku muatkan dalam hati di benak sanubari. Diminta agar ianya kekal abadi. Tersenyum dalam kepenatan adalah kepuasan menjalani bait-bait kehidupan yang makin samar pandangan. Saat yang tidak dapat aku garapkan. Aku jamah satu persatu perlahan-lahan sekuat daya ingatan dengan penuh KESYUKURAN. Mahu meneruskan atau berundur dahulu. Seperti sudah cukup buat masa ini tikanya aku berjalan dengan bahagia di sisi. Tidak lagi selepas ini. Andai kau tahu aku ingin meninggalkanmu, menyesalku kerana tidak berbuat sesuatu. Walaupun aku tahu kau sendiri TIDAK AKAN PERNAH KECEWA dengan sesebuah perhubungan seperti yang kau akui. Aku nekad kali ini. Berjanji dalam diri. Bukan luka yang aku cari. Akan tetapi untuk kau mengerti dan menghargai perasaan ini walau secebis kenangan tidak kau hargai. Jika kuatnya masih dikedap padu, akan ku lari laju menuju pekan perasaanku. Mana tidaknya, janji yang ku pegang. Prinsip yang ditanam (Mak dengan adat, Abah dengan pendapat.) Mana mungkin aku menidakkan. Aku perempuan. Ukuran maruah adalah keutamaan. Cukup sekali aku memberi. Tidak bermakna kau memiliki. Andai kau rasai, kau akan mengerti kerana kau mendengar dengan MATA HATI. 
      

Tuesday, October 19, 2010

Dari FIRAH AN-NUR untuk HAZWANI AZMAN. :)


Kata Firah : Ini hadiah untuk Wani.
Kata Wani : Apa benda ni?
Kata Firah : Inikan gambar persembahan Harlequin & Columbina di Denmark. :)
Kata Wani : Ohh. :) Tapi, Tak macam Harlequin wani.. :(
Kata Firah : Memang la. Ini perlambangan pada orang yang taktahu apa maksud Harlequin.
Kata Wani : Apa maksud Harlequin, Firah? 
Kata Firah : Entah! Harlequin wani kan berbeza. wani je yang tau maksudnya. 
Kata Wani : Tak banyak beza sangat. Lebih kurang je ni. haha.
Kata Firah : Apa maksud Harlequin, wani?
Kata Wani : Ada la. :) Nak tahu, cari sendiri. terang-terang jawapannya dah ada. 
Kata Firah : Firah rasa Firah tau sebab orangnya memang orang dalam gambar ni. Kan Wani?
Kata Wani : Entah. Taktahu. Biar je la. Btw, Thanks Firah. :) 

Monday, October 18, 2010

Surat Tak Sampai Untuk Harlequine.

Macam mana nak sampai kalau kata tak luah?
dua-dua tak boleh nak capai kalau masing-masing tak menggapai.

Takkan nak biar terus di awangan sambil angin menolak ke kiri dan kanan
Lantas, bila tibanya malam.. Menyanyi sedih bersama rembulan.

Bagaimana kalau tak mampu memulakan bicara?
Lidah kelu saat rasa menyelubungi jiwa.
MasyaAllah.. Hebat sungguh perit CINTA.

Di tahan, SAKIT
Di lepas, TAKUT pula!

Sampai bila pun hanya RASA yang beraja
Takkan pernah berani menguak SUKA
Biarkan SAJA.

Bila tiba masa, 
Sempat juga disabit belukar kata
Akan diterokai juga, KITA. 

Hanya perlakuan yang mampu menjawab semua tanya. 
Mengapa? kerana aku tidak pernah punya kekuatan dalam membuat pengakuan
dan kau sentiasa menunggu untuk aku mulakan.
mana mungkin bukan? 




-Untuk Kau, aku kedap HARAPAN, Harlequine-

Harta Intelek. Hak Cipta pelajar bagaimana?

Mulanya memang tidak menjangka akan ke Finas. Atas kehendak subjek, kami sekelas turutkan juga. Pada awalnya, sejujurnya memang aku tidak berapa tertarik dengan tajuk dan isu yang ingin dibincangkan. Walhal, aku lebih suka menulis dan biarkan dialog itu berpanjangan diantara mereka. Sangkaan aku meleset. Aku mula berminat dengan topik yang dibincangkan. Sesuatu yang baru yang selama ini seringkali menjadi pertanyaan kepada semua pihak, akan tetapi tiada seorang pun yang berani bertanya dan mencari jalan penyelesaiannya. Terutamanya, golongan pelajar. 

Dato' Paduka Shuhaimi Baba, Tuan Ahmad Puad Onah dan Dr. Nazurah (Pensyarah Undang-Undang di  UKM) merupakan panel jemputan yang hadir untuk mendiskusikan isu Untung dan Ruginya harta intelek itu pada siapa? Setiap pendapat aku kira sama dan memandang dari sudut yang positif. Setiap yang dibincangkan ahli panel membawa kepada jalan keluar yang selama ini para pengkarya masih kabur. Aku teruja dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh Dato' Paduka Shuhaimi Baba. Penggiat aktif seperti beliau sememangnya memerlukan info tentang hakcipta mereka untuk dijaga. 

Soalan aku kepada Panel  Dr. Nazurah : Setiap dari kami perlu menghasilkan karya seperti cerpen, skrip, puisi dan sebagainya bagi memenuhi kehendak subjek. Apakah hak cipta kami itu dipelihara? Bagaimanakah langkah yang harus diambil untuk kami menjaga hakcipta kami supaya tidak diambil oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab? Seperti sedia maklum, setiap dari hasil kerja kami yang kami hantarkan adalah berbentuk soft copy dan hard copy. Jika salah satu dari karya kami dipaparkan satu hari kelak tanpa pengetahuan pengkarya tersebut, apakah langkah dan bukti untuk kami usulkan kepada mahkamah dalam mendapatkan semula hakcipta kami?

Dengan jawapan yang diberikan Dr. Nazurah, aku dan rakan yang lain berpuas hati dengan cara yang dikemukakan beliau. Ia sedikit sebanyak membantu kami dalam menjaga hakcipta kami sendiri. Tak kisahlah apa orang nak cakap, yang penting diri sendiri tahu akan kualiti sebenar karya itu. Kadangkala, kita tidak perlu terlalu mendengar kritikan orang lain untuk menghasilkan yang terbaik. Tetapi, cukup dengan kesedaran  sikap untuk berubah dan berani menghasilkan sesuatu yang lebih dinamik dan matang. InsyaAllah. Setiap, karya, ku kira mampu memberikan impaknya yang tersendiri. Alhamdulillah..Oleh kerana pertanyaan itu, aku sendiri di pelawa oleh seorang Editor dari Tunas Cipta untuk menghantarkan karya ku ke DBP. InsyaAllah, jika rezeki berpihak kepada aku, adalah ruangan hasil karya ku kelak. Amin. Terima Kasih kepada semua yang terlibat.  

Aku juga ada FAVOURITE part ku!

Aku juga mempunyai FAVOURITE PART aku apabila membaca dan menyelidik. Aku lebih suka meneroka daripada bercerita. Manakan mampu imaginasi mengalahkan fakta sahih yang sudah terbukti benar dan dipercayai. Membaca merupakan Jambatan Ilmu? Kenapa tidak lebih dari itu? Membaca merupakan laluan kepada setiap selok belok jalan yang berliku. Tidak akan jumpa penamatnya di mana. Malah tidak juga pernah cuba untuk menamatkannya. Sampai bila-bila. 

Selepas aku berjaya mengenal pasti di manakah perhentianku nanti, kelak akan aku temui penamat jalan kepada semua persoalan hidupku kelak. Hati aku sudah tidak sabar menunggu cabaran akal, iman dan hakiki. Tidak perlu membangga diri, tetapi jadikan ia sebagai terapi kepada perubahan diri yang lebih dinamik dan inovasi. InsyaAllah, berkat doa semua (Terutama ibu bapa, kaum keluarga dan sahabat) akan aku lakukan sehabis daya. Amin.. 

Tuesday, October 12, 2010

The word ( MISS-ing) is For You.

Ketika aku berlalu menuju ke perkarangan itu
Sendu meratah kembali menusuk-nusuk kalbuku
Aku tewas lagi atas desakan rindu yang memburu.
Lantas, 
Aku buka lembaran bacaan yang menjadi temanku
Untuk aku sentiasa beroleh ilmu tanpa segan silu
Agar dadaku siap sedia menjawab setiap pertanyaan yang buntu
Aku selak satu-persatu..
Terjah lagi 'DIA' dalam hatiku
Kini, 
Bermukim pula 'DIA' di situ.
Manakan aku mampu menyelongkar saat hati aku dirundum pilu?
Tertusuk pisau, luka khabar lama itu masih tidak mampu.

Aku turap kembali luka itu. Malangnya, Kau tidak tahu.
Sampai kian pun, aku akan berlari meninggalkan pengakuanku
Biar ianya ku simpan satu-satu.
Agar KAU bahagia selalu.

-Harlequine-
-Tidakkh kau rasa rindu itu?-

Boleh atau tidak kekuatan ini aku ambil?

"Apabila seseorang mencintai saudaranya,
 maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintainya"

(HR Abu Daud & At-Tirmidzy)
_____________________________________________________________________________

"Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW dan menawarkan diri kepadanya,
dan berkata, "Wahai Rasulullah, apakah engkau berhajat (mahu berkahwin) kepadaku?"
Lalu, ketika menceritakan hadis ini, maka anak perempuan Anas mengatakan "Sungguh sedikit malu perempuan itu dan buruk akhlaknya."  Lalu di jawab oleh Anas , 
"Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawarkan diri) lebih mulia
dan baik daripadamu kerana dia mencintai Rasulullah SAW dan menawarkan dirinya demi kebaikan".

(HR Al-Bukhari)

_______________________________________________________________________________

-Ingin saja aku ambil kekuatan perempuan (yang menawarkan dirinya kepada Rasulullah SAW) itu-
- Betapa dia mengajar aku untuk membuat pilihan yang tepat dalam mencari seseorang yang boleh memimpin aku dunia dan akhirat hendaknya- 
InsyaAllah.. 

Untuk KAMU. Kawan. :)

Dalam dia ada cerita
Redup itu rupanya luka
Diam sejuta bicara
Enggan terbit derita sukma

Taman Hati merah meronai
Kuatkan Iman, akal nurani
Bulatkan Jiwa cinta hakiki
Terserlah peribadi, persona diri

Manis bibir seemas madu
Indah bahasa menikam kalbu
Gadis itu mahu merayu
Andai cinta berbalas mahu

Akal menjerit teragut buntu
Diam tak mahu berbisik malu
Rasa menggamit semua pilu
Tegar hati mengalah sendu

Redup mendung menggelayuti wajah
Tetap hati penuh masyghul meratah
Bilakan lengkap si teman menadah
Seorang wanita mencelah resah

Beratur semangat mengangkat berkat
Menggapai impian kedap harapan
Bermula dari tanah membawa ke awan
Hasrat tertancap pelangi terlihat.

-------------------------------------------------------------------------

Tika itu.
Senyuman Malu
Mula menyentuh hati bertamu
Tiba berputik menjelma dahulu
Kisah KAU dan AKU
Bakalnya KITA bersahabat selalu.

Manis sayu
Diam memburu
Bukan bisu 
Berlalu buntu
Moga bertemu
Kelak mengadu
Bersama kita melayari rindu
Qaseh sahabat itu. 

-Khas, ditujukan buat seorang pendengar setiaku. Kawan. Sahabat & Pelanggan tetap digerai ibuku-

Monday, September 27, 2010

Untuk sentiasa mengingatkan DIRI SENDIRI.

" Jangan di cari seseorang kekasih,
Kelak kita akan disisih..
Jika kasih luntur bersih,
Menangislah diri hidup bersedih..
Jangan disambut salam rindu,
Kelak kita menahan sendu..
Jika rindu tak dapat disatu,
Dimanakah kita akan mengadu..
Jangan dilayan seorang teman, 
Kelak hidup mencari ancaman..
Jika teman tidak beriman,
Dibakar api di hari kemudian..

Wahai TEMAN, 
Carilah dia kerana Tuhan
Untuk menambah ceteknya Iman
Bekalan diri hidup berteman
Wahai Teman,
Cintailah dia kerana Iman
Dijadikan Tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan Tuhan.
Wahai Teman,
Terimalah dia penuh keikhlasan.
Andai buruk, anggaplah dugaan
Andai baik, pujilah Tuhan.
Wahai Teman, 
Ingatlah akan janji Tuhan.
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar membawa kemenangan
di muka keadilan. "

Helen Fisher mengatakan..

       "Ketika seseorang memandang kekasih hatinya atau seseorang yang dicintainya, DOPAMIN kan merangsang bahagian VENTRAL TEGMENTAL dan CAUDATE NUCLEUS di otak menyala. Dalam dos yang tepat, DOPAMIN menciptakan kekuatan, kegembiraan, perhatian yang terpusat,  serta dorongan yang kuat untuk memberikan imbalan. Itulah sebabnya jatuh cinta dapat membuatkan seseorang itu tak tentu arah hidupnya sebaik sahaja bangkit dari tidur dan ketika mahu melelapkan mata. Kadar SEROTONIM seseorang yang TEROBSESI dengan kekasihnya adalah 40 peratus lebih rendah dari kadar SEROTONIM orang yang normal." 

Sunday, September 26, 2010

KAU dan EGO.

    Sudah lama rasanya aku terhuyung-hayang dengan dunia kerjaya. Terkadang sengaja tidak mahu aku kosongkan kerna aku takut ia akan di isi dengan rasa hati yang menyentakkan jiwa. Segenap sudah aku cuba melenyapkan rasa ini mengikut bayu pergi supaya KAU hilang dari lara hati ini. Andai lekanya aku biar, kelak punah batin terseksa hanya kerana tak terluah dek kata-kata. Seberapa benarkah berita yang sampai ke telinga? Tanpa di dengar dahulu dari bibir si tuan punya. Mengapa pula aku ingin bertanya? Lebih manis andai aku diamkan sahaja. Sampai bila? Sehinggalah fahamnya dia erti EGO yang sebenar. Perasaan, Rasa, Hati dan Cinta. Tidak langsung berkait dengan EGO semata-mata. Jika EGO membengkak, tersekat kata untuk bertanya atau meluah. Akibatnya KAU yang rasa. Yang pasti, tiba masanya nanti..AKU takut KAU akan menyesal sendiri. Siapa pun pilihan KAU di hati, harus kau ledaki. Ramai gadis yang menunggu melayan tatkala KAU seronok berteman, wahai kawan. Aku bukanlah seorang wanita yang bersama-sama bertatih untuk berada di dalam senarai mendapatkan  CINTA KAU itu. BUKAN KERANA EGOKU. Tanpa perlu aku beritahu kini, sudah kau tahu suatu ketika dahulu. Akulah seorang perempuan yang tidak lengkap sifatnya sebagai seorang WANITA.

-Bertanyalah andai mahukan kepastian, walau SEKALI-
-Akan ku penuhi dengan jawapan yang PASTI- 

Wednesday, September 22, 2010

Serentak. Apakan Daya.

            Semalam. Dah tak tidur, memikirkan masalah yang mendatang. Trip itu ini yang serentak. Pagi ni pula, dengan meeting yang banyak. Tiga meeting di lakukan serentak. kejap ke sini. Kejap ke sana. Kalau boleh di belah badan ni Syok juga. Cuma, sampai satu tahap, aku dah tak boleh terima maklumat yang mendatang. Malah, dapat juga cerita dari rakan-rakan berkenaan mengenai si polan tentang aku serentak. Ambo-amboi. Tak habis-habis lagi dengan perasaan yang macam-macam? Apa kata, datang dan jumpa aku secara terang-terang. Takpalah. Aku bagi kau peluang. Apa-apa pun, hanya ada satu nama yang sering disebut hati ku ini untuk kembali bersemangat dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan serentak ini. Terima Kasih Harlequine! Walaupun kau tidak langsung mengetahui hal ini, kau sentiasa di hati untuk aku kuatkan kalbu. 

Rindu rasanya ingin bertemu kau untuk semangat yang dahulu kau sering berikan kepada aku. 

Monday, September 20, 2010

Kini..Terungkai sudah jawapan tanpa permulaan.

     Aku sudah sedar tentang terbitnya rasa dalam kalbu antara Kamu dan Dia sejak dahulu. Aku berundur dan tidak mahu mengaku. Sememangnya jika kau bijak dalam menilai kecintaan aku kepada kamu,kelak kau fahami setiap bait kata batinku yang berteriak kesakitan. Menanggung beban kepahitan mengharunginya SEORANG perlahan-lahan. Aku sudah tahu tentang RASA mu itu. Aku sudah merasa ketika aku berpeluang ke situ. Kau dan Dia. Aku bukakan jalan yang luas untuk bersama dalam melayari bahtera percintaan yang bahagia. Jika Kau dan Dia bahagia, Aku turut mendoakan juga. Inilah jalan pilihanku, dan aku sudah temui penamatnya. Tanpa ada permulaan yang PASTI dari mulutmu sendiri. Walaupun, khabarnya ku tahu dari mulut orang. Pasti ada kebenarannya. Manakan mampu pokok bergoyang jika tiada angin yang meniup? Aku redha dengan jawapan yang terungkai. Kau dan Dia. Aku doakan yang baik-baik sahaja. Doa pengikat kasih buat kalian untuk kekal hingga ke akhir hayat. Peliharalah hati kedua-duanya di antara kamu agar ia sentiasa di selaputi CINTA MURNI itu. Moga-moga ianya KEKAL ke anak cucu. Aku doakan begitu. Jangan risau tentang aku. Pandailah hatiku dipujuk RINDU itu. Aku hanya meminta satu keizinan dari mu untuk kekal menjadi inspirasiku dalam melakarkan bait-bait kata yang datang dari kalbu. Maafkan aku andai tidak mampu berhenti dalam menyintai kamu. Jangan pula Kau dan Dia bimbang, aku BUKAN batu penghalang. Imanku masih wujud walaupun tidaklah setinggi mana, aku kedapkan jua. Lantas KEPERCAYAAN kamu BERDUA masih bersisa untukku. Semoga ALLAH SWT mempermudahkan jalan buat KAU dan DIA. InsyaAllah. Salam Bahagia. 



HARLEQUINE, dengarkan..

KITA SELALU MACAM NI.
               
              Kita selalu macam tu. Bila depan mata, tak nampak berharga, bila dah tiada..sebuk mencari. Sewaktu bersama, macam tak ada apa-apa yang istimewa, setelah pergi jauh baru terasa berharganya dia.
Sewaktu kita terkeluar dari senarai, setelah tidak tercalon untuk sesuatu, semasa boleh tertawa bersama selalu bermasam muka, setelah pergi ingin sekali berkongsi cerita. 
             Kita memang selalu macam tu. Jarang menghargai apa yang dimiliki akan tetapi, selalu terbelau oleh apa di tangan orang. Tak salah mencemburi sebab itu naluri semulajadi dan ada nilai motivasi, tetapi jika CEMBURU menyebabkan kita bertindak gila, tentu tidak sesuai untuk dibanggakan oleh diri. Bukan kita sahaja yang macam tu, ramai lagi manusia pun sama. Sewaktu bersama, asyik hendak berpisah. Setelah terpisah, baru tahu makna RINDU. Sewaktu dalam genggaman, tidak mahu dihargai. Setelah terlepas, baru tahu NILAINYA TINGGI. 
            Ketika boleh berjalan-jalan menghirup udara segar, tidak mahu melakukannya. Lebih suka tidur dan bermalas-malas di hadapan televisyen, tatkala telah hilang nikmat berjalan, baru sibuk nak melihat alam. Kalau boleh membina cerita, ambillah masa untuk mendengar juga. Hargai bila BERDUA. SAYANGI bila bersama. MAAFAKAN bila terluka. INGATI bila sunyi. Selalulah bertenang. Hasilnya, SELESA dan BAHAGIA.   
             Kita memang selalu menyesali yang telah berlalu. Ketika bersama-sama terasa beban, tetapi bila tiada beban, terasa semakin berat. Kesempatan untuk BERSAMA selalunya tidak lama. Ketika kesempatan itu terbuka, sepatutnya di NIKMATI dan di PELIHARA. Tidak perlu bersusah payah untuk memberhentikannya, sebab tiba masanya ia akan berhenti dengan sendiri. 
Tidak perlu 'membunuh' dia yang kurang menyenangkan. Tiba masanya DIA akan PERGI jua. Tiada siapa boleh hidup bersama selama-lamanya. Tiba masa dan ketikanya, masing-masing akan melangkah PERGI.
             Memang kita selalu macam tu. Selalu nampak terang di seberang sungai sedangkan di sebelah sini, tidak kurang. Bila kita sampai ke sana, baru tahu yang terang itu bukan semestinya meriah dan menyenangkan, kadang-kadang CAHAYA itu memanglah terang-benderang. Tapi, tidak semestinya ia membahagiakan. Selalulah katakan begini, TIADA YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SELAIN BERSAUDARA DENGANMU, TIADA YANG LEBIH SAKIT SELAIN BERPISAH DENGANMU, TIADA YANG LEBIH MANIS BILA ADA KENANGAN BERSAMAMU, namun ADA YANG TERBAIK DALAM MEMORI HIDUPKU KERANA ADA KEBAIKAN DAN PENGORBANANMU. 
               Kena anggap setiap yang ditempuh adalah suatu kenangan untuk iktibar. Setiap yang dikenali sebagai TEMAN SEJALAN menuju titik akhir. Yang diambil untuk hidup bersama sebagai teman membina persiapan di sini, untuk dipetik hasilnya 'di sana nanti'. Setiap yang dimiliki adalah berharga dan perlu dipelihara. Jika PERLU BERPISAH, kita berpisah dengan RELA.
Kita selalu macam tu. Maka, batasi langkah dan perhati bicara. Jangan sampai tersilap melangkah, usah sampai tersilap bicara. Tersilap langkah selalunya membawa masalah, tersilap bicara selalunya membawa duka. 
               Setiap kita hanya ada kesempatan yang sedikit untuk menghargai makna kehidupan yang sebenar. Berilah ruang itu dan hargailah kekosongan yang masih bersisa. 

-Perkongsian untukmu, Harlequine-
-Di petik dari novel hasil Dr. Tuah-



Blogging? Loner ke?

Aku pernah cakap suatu ketika dahulu yang blogging ini untuk orang yang lonely sahaja. Memang betul. dan sampai sekarang aku masih menganggap blogger adalah loner. Ianya untuk diri aku juga. Bagus sebenarnya menyendiri dan mencari masa untuk sendiri. Sebabnya bila terlalu fikirkan tentang orang lain pun tak bagus juga. Dahulu, memang aku mempunyai blog. Tapi, TIADA seorang pun yang tahu. Bukan apa, bagi aku setiap luahan rasa, atau kejadian yang menimpa sebaik-baiknya aku sahaja yang menyimpannya. Berlainan pula sekarang. Aku mengaku yang kini blog aku di baca orang. Dan aku tidak kisah tentang pandangan dan persepsi orang lain terhadap aku. Biarlah apa orang nak kata. Aku tetap dengan diri aku. 

Blogging adalah sesuatu yang aku anggap tenang. Di mana setiap perasaan mampu diluah dengan kata walaupun hanya sepatah. Cukup sekadar ruang untuk aku bercerita tentang diriku dan ruang masa untuk aku luangkan pada hati dan perasaan aku sendiri. Kadang-kadang, tidak semua perkara kita mampu cerita dan luahkan secara lisan. Kini, aku lebih tenang dalam meluahkan segala yang terbuku dalam hati. Reminder untuk diri aku sendiri : Hazwani, jangan ada bad perception pada apa jua perkara atau seseorang jika baru berjumpa dengan HANYA SEKALI. So, ingat-ingatkanlah diri sendiri. :) Dengan blogging juga, sedikit sebanyak ianya mengajar aku dalam mengenali dan lebih menjadi pemerhati dari seorang yang sentiasa mengkritik. Itu yang labih baik bagiku. ;) Terima Kasih kepad rakan-rakan yang meng-approach aku semula untuk kembali berkarya. Alhamdulillah. Nak kebetulan juga, Inspirasiku datang tanpa di undang. Aku bahagia sekarang. 


Gusi Bengkak.

Hari ini merupakan hari ketiga aku mengalami gusi bengkak. Rupa-rupanya, gigi bongsu nak tumbuh lagi! hahaha. Tapi, sakitnya. Tuhan sahaja yang tahu. Mula-mula, tekak rasa sakit untuk menelan, terkesan pula pada gusi yang membengkak di sebelah kanan yang membuatkan aku langsung tak boleh makan. Nak buka mulut apatah lagi. cakap pun kena perlahan-lahan. Tiba-tiba aku jadi sopan bila bercakap sebab tak tahan nak menanggung kesakitan gusi bengkak! Adoyaiiiii~ Dugaan. Dugaan. Bila dah sakit gusi, uratnya naik ke kepala. MasyaAllah. Nak sujud pun sakit. Kalau sebelum ni cuma nak demam, tapi kali ini aku tak mampu nak cakap pun! Penangan raya punya pasal. Haha. ;-) Cepatlah baik wahai Cik Gusi ku..

Pandangan atau Prinsip ?

Yang mana benarnya? Pandangan atau Prinsip. 
Setiap daripada kita pasti ada pandangan dan prinsip yang tersendiri. Begitu juga aku. Kenapa manusia mudah untuk memberikan pandangan tapi, susah untuk menerimanya? Itulah persoalan yang seringkali aku tanya. Selalu juga aku berhadapan dengan situasi sebegitu. Pandangan boleh mengubah prinsip. Begitu juga prinsip yang juga boleh mengubah pandangan. Macam mana tu?  Yang mana perlu di dahulukan? Prinsip atau Pandangan.
Aku memandang kepada dua perkara :
  • Prinsip
  • Pandangan
Kalau kita nak  bagi pandangan kenalah juga berpandukan pada prinsip. Kalau pandangan tanpa prinsip, di mana hala tuju atau objektif sebenar sasaran kita tu? Kalau orang tanya, kita jawab. Tapi, pernah tak sebelum kita jawab tu, kita fikir tentang prinsip yang dipegang kita? Manusia memang mudah untuk berkata-kata., suara lantang macam nak roboh dinding suarakan idea. Tapi, bila masa untuk laksana..Masing-masing, tuding-menuding suruh orang lain yang buat. Kononnya itu pandangan si polan dan aku ada prinsip untuk tak ikut si polan tu teruskan idea tersebut. Hissh. Bukan ke kau yang beria menyokong dan menokok tambah pendapat tatkala si polan bentangkan? Tapi, akhirnya? kau yang macam bangsat. Menoleh kebelakang dan meninggalkan tatkala si polan terkontang-kanting meneruskan perjuangan? Di mana pula prinsip kau yang satu itu? Manusia. Manusia. Nasib baik aku tidak berada di dalam golongan itu mahupun rakan-rakan ku. Bersyukur sangat. Hati aku berkata : 'kalau orang kata, pandangan mampu merosakkan prinsip. Tapi, kali ni aku pula nampak bahawa prinsip yang mampu menjatuhkan pandangan orang'. 

Thursday, September 16, 2010

SYAHDU HATI

Lapang dada..
Menyembah Yang Esa
Tika Bersujud
Menghadap Kau, Ya Rabb
 Tatkala runsing batin meronta-ronta
meminta-minta makanannya..
Aku berikan dengan permohonan
Aku suap dengan ayat suci Al-Quran..
Mengagung-agungkan kebesaranmu..
Ya Tuhan..
AKU..
yang berlindung di bawah naunganmu.. 
pimpinlah aku ke terus ke jalan mu.

Perkahwinan & Hari Raya. :)

Sebentar tadi baru sahaja selesai majlis pernikahan kakak saudara ku, Amalia Fuza Bohari dan suami. :) Aku bersyukur. Semuanya berjalan dengan lancar dan boleh dikatakan meriah. Macam biasalah kalau dengan saudara mara di belah mak ni ragamnya macam-macam. Almaklumlah. Masing-masing dah besar dan dah tua.
Terdetiknya hati aku ni ingin menulis bukannya apa, tapi sedang aku memerhati saat Kak Mely diijabkabulkan, aku sendiri takut dan gelisah. Entah kenapa perasaan aku jadi semacam itu. Aneh. 'Bukan aku yang nak kahwin'.. Detik hati aku. Setelah aku merenung wajah pengantin perempuan yang terlihat risau dan kegelisahan, ku pandang pula wajah ibunya, sayu.. Merelakan puterinya kini menjadi hak milik suami. Bila aku memandang mereka dan kejadian tadi.. ianya sering kali membuatkan aku berfikir. Bagaimana keadaan selepas berkahwin. Kita dah tak boleh nak dahulukan ibu bapa. Apa-apa pun, semuanya.. SUAMI dahulu. Aku terkedu juga. Besar tanggungjawab seorang ISTERI ini. Bukan boleh main sesuka hati je. Asal suka, KAHWIN! No! totally NO. 
Best juga kisah ini. Seperti prinsip aku yang menginginkan percintaan di alam perkahwinan. Bahagianya lebih. Bukan apa, SEMUANYA kan HALAL. :) Perasaan yang disemai sangat indah dan murni. Tahniah kepada Kak Mely kerana anda juga tergolong di dalam golongan yang ini. Aku juga menantikan saat seperti ini walaupun laluanku masih jauh dan berliku serta banyak lagi yang perlu aku tempuhi, aku tetap tekad untuk bercinta selepas kahwin juga. Kahwin, Kahwin, Kahwin.. Macam mana calon suaminya? perlu ke bercinta sampai 6, 7 tahun hanya untuk mengenali? Ikut kepada individu itu sendiri. Kadang-kadang, bercinta macam nak rak, atlast..Kahwin juga dengan orang sebelah. Haha. Lumrah.. 
Bila bercakap tentang lelaki pilihan. Semua orang ada jejaka idaman. Bagiku yang paling penting adalah agamanya, adabnya, imannya, keturunannya dan cintanya dia terhadap diri aku yang penuh kelemahan . Harta bukan yang aku cari.
Memang PERKAHWINAN adalah sesuatu yang sangat besar dan menakutkan. Tapi, inilah yang aku hadapi tahun ini. Kesemua sepupu aku akan berkahwin. Berderet pulak tu. Mungkin jodoh mereka sudah tiba (bisik ku dalam hati). Seronok memang seronok, tiba masa dapat anak buah yang ramai. LAGI SERONOK! hehe. 

Lagi riuh rendah Kampung Bharu dengan anak, cucu, cicit dan piut Haji Sahlan. Semoga kegembiraan dan ukhwah kekeluargaan kita yang akrab ini dikekalkan hingga akhir hayat.InsyaAllah. Sememangnya aku sangat bersyukur dengan takdir tuhan kini. Alhamdulillah.

Monday, September 13, 2010

Hari Raya ku TANPA kamu, Harlequine...

"Lebaran Ini.
Dusta jika ku kata
aku lupa.
Tidak terdaya.
Kau berlegar
Di ingatan.
dalam setiap nafas yang aku hembuskan.

Tidak bermakna
aku tidak tinggal pesan..
aku lupa kau teman..
Tidak.
Tak pernah.
aku biar masa yang membenarkan
Untuk kau sentiasa berbunga di dalam ingatan."


Entah kau sedar atau tidak. Aku biarkan lagi. Terlalu banyak perkara yang menyinggah yang membuatkan kau sentiasa di hati ini. Sentiasa dan InsyaAllah.. Kekal. Aku doakan. Semoga aku dipertemukan jalan yang tidak mengecewakan kelak. Aku tidak berharap tetapi, mengharapkan. Aku harap kau FAHAM. Aku TIDAK BERHARAP..akan tetapi.. MENGHARAPKAN. Supaya ia lebih jelas dan terang untuk kau tafsirkan. Salam Lebaran, HARLEQUINE ku.. Maaf  kan aku dia atas dosa dan khilafku terhadap kamu. Hanya KAU tidak sempat ku titipkan pesanan. kali ini, aku mohon maaf secara terang-terangan. Bukan aku lupa, tapi sengaja membiarkan. Ada jalan yang ingin aku tunjukkan andai kau betul-betul menemui permulaannya..kelak aku akan mengakhirinya juga kerana aku pasti kau faham dengan liku-liku perjalanan yang aku lalui ini bukan mudah untuk diterokai.


-Salam Qaseh di Lebaran yang Mulia-








HARI RAYA AIDILFITRI YANG INDAH.

     Alhamdulillah. Hari ini merupakan hari ke-empat umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai kisah, ragam dan drama yang dapat kusaksikan. Aku dan keluarga, Alhamdulillah. Kesemuanya baik-baik belaka kecuali adikku yang sorang ni. Husnina. Hmmm. Macam-macam hal bila nak membesar ke alam remaja ni. Orang tua-tua kata, budak-budak remaja kalau dia kata dia nak, walaupun kita dah larang.. DIA TETAP DEGIL. Nina.. Nina.. Akak hanya mampu back up kamu bila akak perlu.

Nina, nama singkatan adik perempuan aku yang sorang ni. Entahlah. Apa kena dengan dia yang boleh membuatkan dia terlalu berani untuk bawak scooter milik Abah Tok keliling taman, semalam. Tak sampai 5 minit, aku dengar berita dia kemalangan dengan Toyota Hilux. Aku hanya mampu beristighfar dan memohon supaya tiada apa teruk terjadi kepadanya. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Waktu tu, hampir pukul 3 petang..di rumah Mak tok (Batu Pahat). Datang sepupu ku, Farah.. terkocoh-kocoh masuk ke dalam rumah untuk memberitahu kemalangan yang berlaku ke atas Nina. nasib baik ketika itu, aku masih tidak terlena dengan kekenyangan Hari Raya. Yang lain masih enak dibuai mimpi pukul 3 petang. Akulah orang pertama yang tahu tentang kejadian itu. Panik juga aku dibuatnya. Aku mengambil semangat untuk mengejut mak, dan kedua abangku. Abah.. Aku biarkan dahulu. Takut-takut, naik ngamuk Abah..teruk Nina dikerjakan nanti (hati ku berbisik). Farah membawa aku, Mak dan kedua abang ku ke tempat kejadian (lat dua buah lorong di sebelah rumah Mak tok). Nasib baik tak jauh, kami gagahkan juga.
sesampai sahaja kami di sana, keadaan tidak lah seteruk yang di sangkakan. Alhamdulillah, Nina hanya kemalangan kecil. Cuma Lampu dan bumper Hilux pecah dan sedikit bercalar. Begitu juga dengan scooter kesayangan Abah Tok. nasib baik semuanya hanya kemalangan kecil. nak rezeki juga si pemilik Toyota Hilux tidak langsung berkira dan masih boleh bertoleransi. Kedua abangku yang bertanggungjawab ke atas semua kerosakan yang dilakukan Nina. Aku bersyukur kerana mempunyai dua orang abang yang sangat-sangat bertanggungjawab. Geram juga Mak dan Abah terhadap Nina. begitu juga kedua abangku. Terlepas juga beberapa pukulan terhadap Nina, sebagai pengajaran. Namun, aku sebagai kakak.. tidak mampu  melihat adikku dipukul. Bagaimana pun, aku akur. Ini adalah pengajaran yang terbaik buatnya. Terkoyak isi di jari manisnya dan bengkak di pipinya aku rasa sudah cukup untuk sentiasa mengingatkannya untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Aku harap dan berdoa supaya dia berubah. InsyaAllah..

apa yang terjadi, pasti ada hikmahnya.

Nina, JANGAN BUAT LAGI! Ingat. Akak taknak back up lagi kalau Nina buat hal.

:) Jaga diri, si gemok! hehehe.

Sunday, September 5, 2010

Untukmu, HARLEQUINE ku.

Aku tekad.. Bukan takmahu untuk berterus-terang.
Kelak ada yang meradang.
Bukan tak mahu bersuara lantang
Kelak ada yang membangkang.

Aku lebih merelakan andai ada yang mampu menyayangi diri ini seadanya aku.
Jika kau juga mempunyai rasa yang sama, aku bertekad untuk kau mulakan.
Bukan kerana egoku..
Kelak kau tahu.
Ada jawapan disebalik setiap pertanyaan..
Tanpa kau sedari. Aku sudah perasan sejak dari mula perkenalan.
Aku diam dan biarkan. Cukup untuk kau sendiri mencari dan menyimpulkan.
Aku serahkan keputusan.


-Peluang masih bersisa-
-Mulakannya andai kau mahu mengetahuinya-
-aku akan berterus-terang juga akhirnya-

BUKAN TAKNAK. FAHAMILAH...


Bukan takut untuk meluahkan
Tapi, kau kena sedar.
Di dalam hakikat perjalanan.
Manakan mampu berlari mengejar impian..
Sedangkan aku tahu tahap kemampuan..
Mengapa terkocoh-kocoh ingin berada di perlumbaan?
Jika sudah pasti kita tak mampu untuk mengalahkan..
Kelak malu.. tersungkur sebelum bertemu garisan..
Mana mungkin bukan?

Fahamilah..
Bukan mahunya aku membuka keburukan
Kerna diri sememangnya penuh kelemahan
Bertanding dalam perlumbaan untuk mendapatkan kemenangan
Sedangkan hati tidak cukup kekuatan..
 
 
Jangan berangan ingin menjadi Siti Khadijah
Jika diri tidak se-kuatnya
Jangan berangan ,menjadi Zulaikha
Andai diri tidak sesetia cintanya..
 Fahamilah.. aku bukan seorang yang hebat.
Hanya seorang perempuan yang  tidak cukup kudrat
untuk membentangkan perasaan .
 dan tidak mampu meluahkan.
Biarkanlah diri ini terus dalam menyintai dan menyayangi..
Andai ada bahagianku nanti.. Kelak kau ku miliki.
Andai tiada kau di sisi... Aku redha dengan ketentuan ilahi.
Biarkanlah ia begini..
Cukup bersyukur  untuk aku nikmati..
 walaupun hati ini lelah dalam perjalanan
Berjalan perlahan menuju destinasi impian...


- Dengarkanlah HARLEQUINE ku..- 


Thursday, September 2, 2010


"PERSAHABATAN adalah CINTA yang penuh pengertian&
CINTA SEJATI tidak menuntut apa-apa balasan. 
Cukup sekadar ianya disimpan. Rapi."


Aku tertarik sebentar dengan pengertian kata-kata hikmat diatas setelah aku membelek sebuah buku yang dihadiahkan oleh seorang rakan sekelas aku tahun lepas. Aku terkesan dengan kata-kata diatas. Di mana letaknya kebenarannya? Bagi pendapat ku, ianya sememangnya tepat. :) Biarkan ia berlalu tanpa kata lebih baik dari ianya diketahui dan banyak yang membenci. :) Hanya seseorang yang betul-betul kuat sahaja mampu melakukannya. Jangan diukur cinta dengan rasa suka. ia lebih bererti dengan rasa ikhlasnya sayang yang lahir itu. Itulah yang lebih baik dan sempurna jika kita benar - benar menghargai waktu dan ketikanya.. wallahualam...

Jangan Bersedih, Jika masih SENDIRI..

Hapuslah air mata dipipi dan hilangkanlah lara hati. 
Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini.
Dengan kesabaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahsia di balik titian kehidupan yang telah dijalani.
Hingga kelak akan kau rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri.
-InsyaAllah-

Tuesday, August 31, 2010

Penerimaan & Kepercayaan.

             Aku lega setelah berbicara sebentar dengan seorang yang aku anggap sebagai abang. Tenang suaranya. :) Mula-mula kalut juga untuk bercerita tentang apa yang dah melanda pada aku dua, tiga minggu ini. Tapi, kerana kepercayaan yang dipupuk, Alhamdulillah.. dia antara lelaki yang aku percaya selain abah, abang-abang ku dan sahabatku yang sorang tu. Baru bangun tidur katanya..aku gelakkan saja. Dah lama betul aku tak dengar suara abang aku yang ini. Kali ini aku mengambil inisiatif untuk mengeluarkan sahaja apa yang terbuku dalam hati. Bukan kerana aku nak buka aib orang lain atau diri sendiri. Tapi, cukuplah dengan apa yang aku lalui. Ada yang berlagak faham, ada yang menadah telinga tanda menghormati dan ada juga yang sebuk untuk menyebukkan diri dalam mendengar cerita aku. Aku bosan dengan semua tu. Kali ini, biarlah aku bercerita mengikut apa yang aku rasa dengan penerimaan dan kepercayaan yang seikhlas-ikhlasnya.Terima kasih yang tidak terhingga juga pada housemates dan classmates yang sentiasa berada bersama-sama aku dalam apa jua keadaan sekalipun. sesungguhnya, aku tidak pernah meminta untuk yang lebih lagi. segala-galanya cukup buat aku buat masa ini. Alhamdulillah...

Aku memang tak sedap badan dua tiga hari ni. Tapi, aku gagahkan juga. Membantu sahabatku yang sorang tu untuk melaksanakan harinya, aku pulihkan semangat aku. Setelah segala-galanya selesai, ada sahaja permasalahan dan sisipan rasa hati dari seorang yang sangat aku sayangi (sahabat baikku juga). Dia merasakan ada 'jurang' di antara aku dan dia kini. 'Kita tidak sama seperti dulu'.. itu katanya. dan jawapan yang mampu untuk aku katakan hanyalah.. 'Biar masa yang menentukan segalanya'.. aku harap dia bersabar dengan apa sahaja yang aku rasakan dan keputusan yang aku putuskan. Kadang-kadang, kita kabur dengan perlakuan dan percakapan yang boleh menyakitkan atau memalukan sesiapa. terutamanya, kawan. Aku memang sedang berperang dengan perasaan. Mengukir senyum dalam kehambaran, menghilai tawa dalam kekecewaan. Aku berperang dengan jiwa aku sendiri. Tapi, biarlah..ianya demi persahabatan kita semua. entahlah. untuk diceritakan panjang dan lebar.. aku rasa sungguh tidak sesuai. Cukup sekadar aku membuat kesimpulan aku sendiri yang aku fikir sememangnya masih tiada jalannya lagi. Kali ini, aku mahu dia berfikir sendiri. Aku bermadah, dia tak faham..kalau berterus-terang, bercakap kasar pula katanya (itulah yang pernah aku dengar dari sahabatku itu tentang dia). Apa jua yang mendatang, aku tetap dengan keputusan aku. Biar masa yang menentukan segalanya. Biarkan. Biarkan dan terus biarkan. Cumanya, kata-kata abang ku ini membuatkan aku terfikir, berfikir dan memikir tentang sebuak konsep dalam perhubungan. Baik dari sudut berkawan, bersahabat dan berkasih. Pentingnya PENERIMAAN & KEPERCAYAAN.

Katanya, dalam apa jua perhubungan, penerimaan dan kepercayaan adalah aspek utama dalam menjalinkan persahabatan atau kasih sayang yang ikhlas. AKU SETUJU. dan aku mengiyakan. Betul katanya. Terimalah aku seadanya diri ini kerana penerimaan aku terhadap kau sentiasa wujud dalam diri. Begitu juga dengan kepercayaan. Tak salah dalam berkongsi rasa dengan orang yang kita percaya asalkan kepercayaan kita juga turut bersamanya. Barulah adil sesebuah ikatan itu. :) Aku diam tanda setuju. 
berbalik kepada punca nya, aku boleh ditegur..tapi haruslah KENA pada tempatnya. Bukan dengan cara menghantar di wall (fb) aku dengan bercakap tentang peribadi aku. Itu terlalu personal untukku. Bagi aku, Facebook cukup sekadar merapatkan ukhwah & memupuk kemesraan di antara kita. Dah kata pun laman sosial. aku tak kisah kalau nak saling ingat-mengingati. Malah, aku menggalakkan. Tapi, ikutlah situasi. Bukan semuanya kita boleh langgar macam tu je. Tegur-menegur pun ada adabnya juga. bukan boleh sembarangan sahaja. kalau berlebihan, boleh menjatuhkan air muka orang juga, bukan ke itu tak baik namanya.. seolah-oleh membuka aib orang daripada orang lain taktahu, terus kepada TAHU. macam mana tu? jadi., beringatlah bila berkata-kata. bagi aku, IMAN, AMAL dan KETAQWAAN seseorang tidak harus diukur dengan pemakaian dan percakapan. Kenal dan fahami.. seseorang itu. Dan sejurus itulah kamu akan mengerti. 

InsyaALLAH, dengan ruang dan masa yang ada, aku cuba perbaiki diri dalam memahami dan difahami sahabat sendiri. Moga-moga, jika persahabatan kita kekal..Kita akan kembali kepada keadaan yang asal. Jika tidak, pasti. ada sebab dan musabab nya. 


Maafkan aku andai aku terlanjur bicara.


 

Biarkan masa yang menentukan segalanya

Bukan kau masalahnya.
Ini adalah rasa hati aku yang meronta-ronta
Bukan kau masalahnya
Ini adalah sifatku semata-mata
Andai kau sahabatku
Terimalah kelemahanku seadanya
Andai kau sahabatku
Terimalah keputusanku sewajarnya
Andai kau sahabatku
biarlah kita sama-sama mencuba
mencari peluang dan jalannya

Jika masih bersisa
Kita harungi jua..

Jika tiada kenangannya
Kita lepaskan sahaja..




 

Monday, August 30, 2010

The truth is :

ARLECCHINO is HARLEQUINE.. :)

Malam Ambang Merdeka!

Alhamdulillah dan Tahniah diatas kejayaan yang diperoleh sahabatku yang sorang ni. Tiada kata yang dapat ku ungkap dalam melahirkan rasa seronok dan indahnya malam Merdeka aku kali ini. selalu tak rasa sangat. Tapi, kali ni semangatnya sangat-sangat berbeza. Aku bersyukur dan bangga kerana setelah bertimpa-timpa masalah yang dihadapinya, akhirnya..senyuman terukir juga dibibirnya. Walaupun pada mulanya aku sangat risau akan kerutan dari wajah yang membimbangkan, akhirnya berakhir juga dengan senyuman puas yang penuh dengan rasa syukur dan ikhlas. Berbaloi juga hasil usahanya yang tak pernah kenal erti penat, lelah dan masalah. Aku bersyukur dikurniakan seorang sahabat yang sangat aku kagumi. 


Ramai juga rakan-rakan seperjuangan yang mengeluh penat, tetapi tetap sabar dalam meneruskan perjuangan. 'bukan salah pengarah projek..yang lain tu ha. Dia ok jer!' itu yang dapat ku dengar dalam keluhan rakan-rakan yang lain. Almaklumlah bulan puasa la katakan.. Allah nak menguji iman.. :) Aku teruja dengan sokongan rakan-rakannya. Baik dari semua sudut. cumanya aku terkadang kesian dan entahlah bila tengok semua orang kehulu-kehilir membuat tugasan, dan aku hanya duduk diam dan menanti arahan. :( walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana menjadi salah seorang yang terlibat dalam menjayakan Malam Ambang Merdeka ini walaupun aku tahu kerja dan tugas ku tidaklah seberapa kalau nak dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain. Terima kasih sahabat kerana menarik aku sama dalam membantu kamu untuk menjayakan hari mu. Apa-apa pun, inilah hari yang paling bermakna buatku. Betapa ramainya rakan-rakan yang berada disampingmu.. terdetik juga dikati ku yang kau benar-benar disenangi dan dihormati. Rasa segan pun ada juga bila melihat golongan-golongan rakan-rakan kau yang sangat komited dalam tugasan dan arahan yang diberikan. kerdil aku disitu melihat kerja mereka.
Dalam penat, ada senyum.
Dalam letih, ada tawa
Dalam marah, ada bahagia. :)


Si Pengarah projek ni.
Rendah dirinya masih ada. Adab sopannya masih terjaga. Cukup sifatnya sebagai seorang pemimpin yang wibawa. Ya Allah, kau peliharalah sahabatku ini agar hidupnya sentiasa diberkati oleh-Mu. Semoga apa sahaja yang dilakukan, sentiasa mendapat keredhaan-Mu, Ya Allah.. 
InsyaAllah..
hanya doa yang dapat kupanjat dalam memastikan sahabatku ini berada di dalam berkat hendaknya. Semoga kau sentiasa menjadi pemimpin yang berjaya di dunia dan akhirat kelak.

Tahniah sekali lagi buat sahabatku yang sorang ni.  :)
Untuk pertama kalinya kau merdekakan aku dengan semangat kebebasan yang sebenar. 
Terima kasih. 


-pagi, setelah selesai malam ini-









Sunday, August 29, 2010

Bila dah jumpa jalannya, Lagi Desperate gamaknya. :)


"Cinta adalah cenderung terhadap sesuatu atau seseorang, kerana kecenderungan itu disebut Syahbadah, kalau berlebihan naik takah menjadi asyik, lantas jika sampai ke puncak dipanggil Syaghar atau sudah sampai menghambakan diri dipanggil Tattayum" - Faisal Tehrani- 

Kes pertama : Semua orang seronok bila menyebut soal yang satu ini. Bukannya apa, kan seronok melayan       perasaan yang tak tentu hala tu. Kata sahabatku, 'semua orang akan bertemu jodoh masing-masing kelak. Cuma cepat atau lambat je yang membezakannya'. Terlintas di dalam kepala otak aku, kenapa CINTA sentiasa menjadi topik utama? Terus terang, kadang-kadang aku rasa bosan. Seolah-olah terasa diri ini tidak langsung dicintai sesiapa. Walhal, sememangnya diri ini sangat dicintai oleh PENCIPTANYA. dan kita sering terlupa dan lebih malang lagi, kita langsung tak membalas CINTA yang SATU itu. 

Kes kedua     :  Asal aku beli buku CINTA sahaja, mesti ada yang serkap jarang. Aku selalu rasa sedih sebab manusia masih tak pernah putus dengan sifat yang satu ini (memberikan identifikasi kepada seseorang dengan sesuka hati). Mereka tanya ..'buku apa pulak yang kau beli kali ni. Tak habis-habis nak motivasi diri. Bukan kau dah cukup bagus ke, Wani? aku jawab.. MEMBINA CINTA SAYANG oleh Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj (salah seorang motivator yang amat aku kagumi). Mula- mula mereka senyum.. lama-lama.. ini yang aku dengar.. 'kau ni, tak habis-habis dengan buku cinta kau! DESPERATE sangat ke Makcik? Bukannya takda orang nak nak kau. yang kau sebuk sangat nak membina cinta sayang ni dengan siapa pulak?' (dalam nada gelak terbahak-bahak).. aku jawab pula..'memang. aku desperate la kali ni. Memang NAK sangat motivasi diri aku ni'.. Dia tanya lagi 'Cinta Sayang apa yang kau nak bina sampai kena beli buku macam ni? aku rasa kau ada masalah tak laku lah! hahaha' dan aku pun menjawab.. 'Cinta Sayang yang HAKIKI yang aku cari sebab batin aku masih kosong untuk CINTA yang ini..dan aku sangat-sangat ingin mencintai-NYA..alangkah baiknya kalau aku berpeluang ke sana menyemai bibit-bibit cinta aku dengan Yang Esa. Aku sedang cuba sedaya upaya supaya aku tak menyesal kelak gamaknya.. Bukankah itu terdesak namanya? batin aku dah meronta-ronta, meminta makanannya.. Begitu juga dengan imanku, menjerit-jerit ingin meningkatkan bar-nya. Sebab tu, aku taknak isi makanan untuk perut aku je. Tapi, juga akal dan iman aku. Sebab tu aku sangat perlu membaca dan membeli buku ini. kerana aku memang terdesak CINTA. :) aku rasa, kau pun perlukan sebab kau bercakap seperti seorang yang tak berakal. Nanti dah habis, aku pinjamkan. Seronok bila kita dah mula, leka pula nanti. takut ada yang tergigit jari. kaku. Mati. Malu sendiri'.. (sambil aku berlalu dengan senyuman yang penuh kegembiraan).

P/s: bukan apa. kadang-kadang...bila selalu sangat memberikan justifikasi kepada seseorang, tak ke malu sendiri kalau silapnya serkap jarang. ? 


Saturday, August 28, 2010

Appreciation buat ANDA, sahabat dan teman. :)

 Inilah korang.
Bila sorang ada masalah, mesti effect semua.
Bila sorang marah, mesti yang lain turut sama merasa.
Bila sorang sakit, semua menderita.
Cukup bersyukur aku sekarang ini kerana dikurniakan
SAHABAT ABADI. <3 
Biarkan cinta kita sentiasa bersama. 
jatuh dan bangun aku
KAMU SEMUA ADA.




Special thanks to : Ain Anisah Putri, Nurul 'Ain, Intan Nadiah, Nabilla Ahmad Kamal, Firah An-Nur, Mariana Shahira, Siti Suraya, Nur Liyana, Murni Fatihah, Nurul Syuhada, Sharifah Nuraima,Nur Farhana, Syakira & Najmah. :) 

Tertimpa & Menimpa-nimpa.

Memang salah mengikut kaedah.
Aku biarkan dahulu.
Lama-lama menjadi lebih sampai aku naik bisu.
Malas nak bertekak pun ya juga. 
aku sampaikan pada yang perlu.
DIA antara yang terlibat.
Senyum dan gelak yang aku nampak.
Biarlah. mungkin tak kesah dan mungkin dah faham.
Aku biarkan lagi.
mengikut arus pergi.

Bila dah mula yang ni.
Kerja pun tak senang nak jadi.
Fitnah lagi.
Semput, seperti diraut nafas aku.
Mengeluarkan segala yang terbuku.
Selepas satu, satu.
Biarkan lagi..
Aku luah juga pada yang perlu.
DIA lagi tahu.
Tiada kata untuk di bicara bila sakit dada membuak-buak
marahkan dia. 
Tapi, untuk apa? 
Itukan Syaitan namanya.
Jadi, teruskan hidup.
Asalkan KITA BAHAGIA.

Lagi disebut.
Fitnah lagi.
bila pula aku berkata?
tak suka, aku selalu diamkan sahaja
Tak pernah membuka pekung di dada
Salah tafsir gamaknya mereka

Aku bersyukur, sekurang-kurangnya..
DIA ada. dan aku pasti
DIA ada.
dalam apa jua yang mendatang.
DIA ada. DIA ada

Ain Anisah Putri kata : untuk Wani dan Dia. Aku senyum je. :)

Istighfar..
Atas sejadah, tangan tertadah
Memandang siling
Melangsai runsing
Tangan kanan, atas tangan kiri
Ada sabda mengiringi..
Tangisan, hanya KAU yang dengar
Terkesan, pada AKU yang tegar..

Menunggu? Perlukah itu?

Aku mengucap
Sabar sebentar
sedang dalam
menanti gusar
mata tertancap
Hati yang belukar
dalam diam..
Penantian, berdebar-debar
Menunggu pasti dalam sabar
InsyaAllah..

2 jam 34 minit 6 saat berikutnya..

kelibat tiada
mungkin menjelma seketika leka
memanggu kepastian.
InsyaAllah..
tibanya DIA
jika memang mahu berjumpa..

-MALAM-
Tiada. Tidak hadir apatah lagi menjelma.

Bila beraninya?

hati tak sampai 
kata nak luah
membuak-buak perasaan dalam jantung jiwa sesak
biar bengkak diam pecah merana
memberitahu tidak cukup kecewa

kekuatan yang tiada 
takut menguasai jiwa
Inikah akhirnya?
Ringan kata
Berat laksana
Syahdu hati, rindu mengundang
kasih tak sampai 
dalam diam..

MasyAllah
Di mana?
Butakah hatinya atau sengaja?
biar diam tertanya-tanya..
Entah bila lagi jawapannya pula?

melangkah perlahan. keluar menuju perkarangan lama. 

To: Harlequine One. :)

- Love is when you take away the feeling and the passion..and you find out you still care for that person. Love comes to those who still hope eventhough they've been dissapointed, those who still believe, eventhough they've been betrayed and those who still love eventhough they've been hurt before. Maybe ALLAH wants US to meet a few wrong people, before meeting the right one, so that when we finally meet the right person, we should know how to be GRATEFUL for that SPECIAL GIFT. It hurts to loved someone and not to be loved in return. But, what is the most painful is to love someone and never find the courage to let the person know how you feel. The brightest future will always be based on a forgotten past. So, Lets forget the past and go through with whatever happens.. HAPPENS.. -